PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN IX - BADAN KEHAKIMAN




Perkara 125A. Penjalanan kuasa oleh hakim-hakim.

(1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, dengan ini ditegaskan bahawa--

(a) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan dan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa hakim Mahkamah Rayuan dan hakim Mahkamah Tinggi;

(aa) Presiden Mahkamah Rayuan dan seseorang hakim Mahkamah Rayuan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa hakim Mahkamah Tinggi; dan

(b) seseorang hakim Mahkamah Tinggi di Malaya boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, dan sebaliknya.

(2) Peruntukan Perkara ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perlembagaan ini mulai dari Hari Malaysia.

____________________________________________
CATATAN

Per. 125A:

1. Perkara yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta A354, seksyen 28, berkuat kuasa dari 16-9-1963.

2. Perkataan "Persekutuan" digantikan dengan "Agung" oleh Akta A566, subseksyen 16(1), berkuat kuasa dari 1-1-1985.

3. Perkataan dalam nota bahu digantikan dengan perkataan "Perjalanan kuasa oleh hakim-hakim" oleh Akta A885, seksyen 22, berkuat kuasa dari 24-6-1994.

4. Perenggan (a) Fasal (1) digantikan oleh Akta A885, seksyen 22, berkuat kuasa dari 24-6-1994. Perenggan (a) yang asal berbunyi seperti yang berikut:

"(a) Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung dan seseorang hakim Mahkamah Agung boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa hakim Mahkamah Rayuan dan hakim Mahkamah Tinggi.".

5. Perenggan (aa) Fasal (1) ditambahkan oleh Akta A885, seksyen 22, berkuat kuasa dari 24-6-1994.

6. Dalam perenggan (b) Fasal (1), perkataan "Borneo" digantikan dengan perkataan "Sabah dan Sarawak" oleh Akta A885, seksyen 22, berkuat kuasa dari 24-6-1994.

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas