PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
BAHAGIAN X - PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM
Perkara 136. Layanan saksama bagi pekerja Persekutuan.
Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan mereka, semua orang, walau apa pun rasnya, dalam gred yang sama dalam perkhidmatan Persekutuan hendaklah diberi layanan yang saksama.
___________________________
CATATAN
Per. 136:
Lihat Per. 132(4), 153(5).