PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN X - PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM




Perkara 146A. (Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di Negeri-Negeri Borneo-Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).


______________________
CATATAN

Per. 146A:

1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 54, berkuat kuasa dari 16-9-1963.

Perkara ini, yang dimansuhkan oleh Akta A354, seksyen 35, berkuat kuasa dari 27-8-1976, berbunyi seperti yang berikut:

"Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di Negeri-Negeri Borneo

146A. (1) Berkenaan dengan anggota-anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan yang diambil kerja di Negeri-Negeri Borneo, fungsi-fungsi yang akan dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan hendaklah, selagi Perkara ini berkuat kuasa, dijalankan oleh cawangan Suruhanjaya itu yang ditubuhkan bagi Negeri-Negeri Borneo.

(2) Cawangan Suruhanjaya Kehakiman dan Perundangan bagi Negeri-Negeri Borneo hendaklah terdiri daripada-

(a)

Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Borneo, yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b)

penasihat-penasihat undang-undang Negeri-Negeri Borneo;

(c)

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (jika ada) di setiap Negeri Borneo; dan

(d)

dua orang yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan daripada kalangan anggota badan induk Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

(3) (Dimansuhkan).

(4) (Dimansuhkan).

(5) Walau apa pun Fasal (2) Perkara 134, selagi terdapat cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan bagi Negeri-Negeri Borneo di bawah Perkara ini, bidang kuasa Suruhanjaya itu hendaklah meliputi semua anggota perkhidmatan awam bagi sesuatu Negeri Borneo yang dipinjamkan kepada perkhidmatan kehakiman dan perundangan, dan bagi maksud Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan mereka hendaklah disifatkan sebagai anggota-anggota perkhidmatan itu.

(6) Perkara ini hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968, dan selepas itu berhubung dengan Negeri-Negeri Borneo, sehingga ditetapkan sebaliknya oleh Kerajaan Persekutuan.".


2. Lihat Per. 138(2), 146C(1), (2), (3).

Fasal (1): Perkataan "atau di Singapura" dan "atau bagi Singapura, mengikut mana-mana yang berkenaan " yang terdapat selepas "Negeri-Negeri Borneo" dipotong oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-9-1966.

Fasal (3): Fasal ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-9-1966:

 

"(3) Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan bagi Singapura hendaklah terdiri daripada-

 

(a)

Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Singapura, yang hendaklah menjadi Pengerusi:

(b)

penasihat undang-undang Negeri itu;

(c)

pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri di Singapura;

(d)

Hakim Mahkamah Tinggi di Singapura yang ditetapkan oleh Hakim Besar;

(e)

tidak lebih daripada dua orang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang menjadi anggota-anggota badan induk yang berkhidmat di bawah Fasal (3) Perkara 146B yang menganggotai cawangan bagi Suruhanjaya Singapura atau, jika Fasal itu tidak berkuat kuasa, anggota atau anggota-anggota yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.".

 

Fasal (4): Fasal ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 31/1965, subseksyen 2(2), berkuat kuasa dari 1-7-1965:

 

"(4) Pada bila-bila masa apabila cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan bagi Negeri-Negeri Borneo memasukkan antara anggotanya lebih daripada seorang pengerusi sesuatu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, maka peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:

 

(a)

tidak lebih daripada seorang pengerusi itu boleh menghadiri mana-mana mesyuarat cawangan itu, dan pengerusi yang berhak untuk hadir dan dipanggil ke mana-mana mesyuarat hendaklah ditentukan oleh atau mengikut kaedah-kaedah cawangan itu dan (tertakluk kepada kaedah-kaedah itu) apa-apa arahan am atau khas pengerusi cawangan itu; dan

(b)

cawangan itu tidak boleh membuat pelantikan ke jawatan di dalam Negeri akan mana-mana pengerusi itu pada mesyuarat yang dia tidak hadir dan tidak dipanggil, melainkan jika dia mengizinkan mereka berbuat demikian.".

 

Fasal (5): Perkataan "atau bagi Singapura" yang tedapat selepas "bagi Negeri-Negeri Borneo" dan perkataan "atau bagi Singapura, mengikut mana-mana yang berkenaan," yang terdapat selepas "bagi sesuatu Negeri Borneo" dipotong oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-9-1966.

Fasal (6): Fasal ini dimasukkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-9-1966, dan menggantikan Fasal yang dahulu yang berbunyi seperti yang berikut:

 

"(6) Perkara ini hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968, dan selepas itu-

 

(a)

berhubung dengan Negeri-Negeri Borneo, sehingga ditetapkan sebaliknya oleh Kerajaan Persekutuan; dan

(b)

berhubung dengan Singapura, sehingga Parlimen memperuntukkan selainnya melalui suatu Akta yang diluluskan dengan persetujuan Gabenor.".

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas