PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN X - PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM




Perkara 146C. (Peruntukan tambahan tentang cawangan-cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam-Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).


______________________________
CATATAN


Per. 146C:

Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 56, berkuat kuasa dari 16-9-1963, dan dipinda oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965 seperti yang berikut:

 

(a)

Fasal (1): Dengan menggantikan perkataan "atau Singapura, atau bagi dua daripada Negeri tersebut atau lebih" dengan ", atau bagi Negeri-Negeri Borneo" berkuat kuasa dari 9-8-1965. Perkataan "Suruhanjaya" dalam nota bahu digantikan dengan "Suruhanjaya Perkhidmatan Awam", perkataan "Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau" selepas "bidang kuasa mengenai perkhidmatan itu kepada" dipotong dan "146A atau" selepas "Perkara" dipotong, oleh Akta A354, seksyen 37, berkuat kuasa dari 27-8-1976 dan "sesuatu Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah atau Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

(b)

Fasal (2): Perkataan "Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau" selepas "anggota-anggota sesuatu cawangan" dipotong dan perkataan "146A atau" selepas "Perkara " dipotong oleh Akta A354, seksyen 37, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

(c)

Fasal (3): Dengan menggantikan perkataan "Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau" selepas "bagi sesuatu cawangan" dan 146A atau" selepas "yang ditubuhkan di bawah Perkara" dipotong oleh Akta A354, seksyen 37, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

 

Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 56, berkuat kuasa dari 16-9-1963. Perkara ini yang dimansuhkan oleh Akta A514, seksyen 13, berkuat kuasa dari 15-5-1981, berbunyi seperti yang berikut:

"Peruntukan tambahan tentang cawangan Suruhanjaya
(Perkara 146C).

146C. (1) Jika peruntukan dibuat oleh undang-undang persekutuan bagi menubuhkan suatu perkhidmatan bersama yang am bagi Persekutuan dan bagi sesuatu Negeri Borneo dan Singapura, atau bagi dua atau lebih daripada Negeri tersebut sama ada berserta Persekutuan atau tidak berserta Persekutuan, dan bagi memberi bidang kuasa berkenaan dengan perkhidmatan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, maka undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi fungsi-fungsi Suruhanjaya yang berhubungan dengan perkhidmatan itu dijalankan oleh mana-mana cawangan yang pada masa ini ditubuhkan di bawah Perkara 146A atau 146B bagi Negeri itu atau mana-mana Negeri yang berkenaan itu.

(2) Dalam Perkara 142, perenggan (b) Fasal (4) dan, dalam Perkara 143, Fasal (2) hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan anggota-anggota sesuatu cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah Perkara 146A atau 146B seolah-olah sebutan mengenai undang-undang persekutuan termasuk sebutan mengenai undang-undang Negeri.

(3) Fasal (8) Perkara 144 hendaklah terpakai bagi sesuatu cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah Perkara 146A atau 146B seolah-olah cawangan itu ialah suatu Suruhanjaya yang berasingan yang Bahagian ini terpakai baginya; tetapi tiada apa-apa jua dalam Perkara itu boleh dikira sebagai menghendaki cawangan itu membuat suatu laporan tahunan yang berasingan di bawah Perkara 146.".

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas