PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XII - AM DAN PELBAGAI




Perkara 157. Pewakilan fungsi Negeri kepada suatu Negeri lain.

Tertakluk kepada apa-apa peruntukan undang-undang Negeri, perkiraan boleh dibuat antara mana-mana dua Negeri supaya pihak-pihak berkuasa satu Negeri melaksanakan apa-apa fungsi bagi pihak-pihak berkuasa Negeri yang satu lagi, dan perkiraan itu boleh mengadakan peruntukan bagi membuat pembayaran berkenaan dengan apa-apa kos yang dilakukan di bawah perkiraan itu.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas