PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XII - AM DAN PELBAGAI




Perkara 160B. Teks sahih.

Jika Perlembagaan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan. Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan teks bahasa kebangsaan itu sebagai teks sahih, dan selepas itu, jika ada percanggahan atau perselisihan antara teks bahasa kebangsaan itu dengan teks bahasa Inggeris Perlembagaan ini, teks bahasa kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris itu.

____________________________________________
CATATAN

Per. 160B:

Perkara baru ini dimasukkan oleh Akta A1130,seksyen 12, berkuat kuasa dari 28-9-2001, untuk membolehkan Yang di-Pertuan Agong menetapkan terjemahan bahasa kebangsaan Perlembagaan Persekutuan sebagai teks sahih

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas