PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XIIA - PERLINDUNGAN TAMBAHAN BAGI NEGERI SABAH DAN SARAWAK




Perkara 161C. Pendidikan agama Islam di Negeri-Negeri Borneo- Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

___________________________________________
CATATAN

Per. 161C:

Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 64, berkuat kuasa dari 16-9-1963; dan dimansuhkan oleh Akta A354, seksyen 46, berkuat kuasa dari 27-8-1976, berbunyi seperti yang berikut:

"Pendidikan agama Islam
di Negeri Borneo

161C. (1) Tiada Akta Parlimen yang membuat peruntukan berkenaan dengan sesuatu Negeri Borneo mengenai bantuan kewangan khas bagi penubuhan atau pengelenggaraan institusi-institusi Islam atau pengajaran agama Islam bagi orang yang menganuti agama itu boleh diluluskan tanpa persetujuan Gabenor.

(2) Jika di bawah mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan yang tidak berkuat

kuasa berkenaan dengan Sabah, atau tidak berkuat kuasa berkenaan dengan Sarawak, apa-apa bantuan sperti yang disebut terdahulu diberikan dengan cara pemberian daripada orang awam dalam mana-mana tahun, maka hendaklah dibayar oleh Persekutuan kepada Kerajaan Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan digunakan bagi maksud kebajikan masyarakat di dalam Negeri itu, amaun-amaun yang apabila dibandingkan dengan hasil yang diperoleh oleh Persekutuan daripada Negeri itu dalam tahun itu sama kadarnya dengan pemberian itu apabila dibandingkan dengan hasil yang diperoleh oleh Persekutuan daripada Negeri-Negeri lain dalan tahun itu.

(3) Bagi maksud Fasal (2) hasil yang diperoleh oleh Persekutuan daripada mana-mana

Negeri atau Negeri-Negeri lain ialah amaun selepas ditolak apa-apa jumlah wang yang diuntukkan kepada Negeri-Negeri di bawah Perkara 110 atau Jadual Kesepuluh; dan hendaklah diketepikan apa-apa sumbangan yang diterima oleh Persekutuan daripada hasil penjualan loteri yang dijalankan oleh Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat beserta dengan apa-apa amaun yang digunakan bagi bantuan sedemikian seperti yang disebut terdahulu daripada atau berhubungan dengan sumbangan-sumbangan itu.".

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas