PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XIIA - PERLINDUNGAN TAMBAHAN BAGI NEGERI SABAH DAN SARAWAK




Perkara 161D. Kebebasan beragama-Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

___________________________________________
CATATAN

Per 161D:

Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 65, berkuat kuasa dari 16-9-1963; dan dimansuhkan oleh Akta A354, seksyen 46, berkuat kuasa dari 27-8-1976, berbunyi seperti yang berikut:

"Kebebasan beragama.

161D. Walau apa pun Fasal (4) Perkara 11, peruntukan bolehlah dimasukkan ke dalam Perlembagaan sesuatu Negeri Borneo yang menyatakan bahawa sesuatu enakmen Badan Perundangan Negeri bagi mengawal atau menyekat penyebaran mana-mana doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam tidaklah boleh diluluskan melainkan jika dipersetujui di dalam Dewan Perundangan pada bacaan kali kedua atau ketiga atau pada kedua-dua bacaan dengan bilangan majoriti tertentu, yang bukannya suatu majoriti yang melebihi dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli Dewan.".

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas