PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XIIA - PERLINDUNGAN TAMBAHAN BAGI NEGERI SABAH DAN SARAWAK




Perkara 161F. Penggunaan bahasa tidak rasmi di Dewan Undangan Negeri Singapura-Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

___________________________________________
CATATAN

Per. 161F:

Perkara-perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 67 berkuat kuasa dari 16-9-1965:

161F. Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara 152, sehingga diperuntukkan selainnya oleh enakmen Badan Perundangan Singapura, bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil boleh digunakan di dalam Dewan Undangan Negeri Singapura, dan bahasa Inggeris boleh digunakan sebagai naskah sahih semua Rang Undang-Undang yang akan dikemukakan atau pindaan-pindaan kepadanya yang akan dicadangkan di dalam Dewan itu, dan semua enakmen Badan Perundangan itu, dan semua perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh kerajaan Singapura.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas