PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XIIA - PERLINDUNGAN TAMBAHAN BAGI NEGERI SABAH DAN SARAWAK




Perkara 161H. Pemeliharaan kedudukan Singapura dari segi perlembagaan-Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

____________________________________________
CATATAN

Per. 161H:

Perkara-perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 69 berkuat kuasa dari 16-9-1965:

161H. (1) Tiada pindaan boleh dibuat kepada Perlembagaan tanpa persetujuan Gabenor jika pindaan itu adalah sedemikian rupa sehingga menjejaskan perjalanan kuat kuasa Perlembagaan berhubung dengan Singapura berkaitan dengan mana-mana daripada perkara yang berikut:

(a)

kewarganegaraan Singapura, dan sekatan ke atas warganegara Singapura mengenai hak untuk menjadi ahli mana-mana Majlis Parlimen bagi atau dari Singapura, atau untuk menjadi ahli Dewan Undangan Singapura; atau untuk mengundi di pilihan raya di Singapura;

(b)

keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Singapura dan perlantikan, pemecatan dan penggantungan hakim-hakim mahkamah itu;

(c)

perkara-perkara yang berkenaan dengannya Badan Perundangan Negeri boleh (atau Parlimen tidak boleh) membuat undang-undang, kuasa eksekutif Negeri dalam perkara-perkara itu, kuasa untuk meminjam bagi Negeri dan perkiraan kewangan antara Persekutuan dengan Negeri itu;

(d)

penunaian fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan oleh suatu cawangan yang ditubuhkan bagi Negeri, dan keanggotaan mana-mana cawangan itu;

(e)

agama di dalam Negeri, penggunaan apa-apa bahasa di dalam Negeri atau Parlimen dan kedudukan istemewa orang Melayu di Singapura;

(f)

peruntukan kepada Negeri, di dalam mana-mana Parlimen yang dipanggil bersidang sebelum akhir bulan Ogos 1970, mengenai kuota ahli Dewan Rakyat yang tidal kuran, berkadaran dengan jumlah yang diuntukkan kepada Negeri-Negeri yang lain yang menjadi anggota Persekutuan pada Hari Malaysia, daripada kuota yang diuntukkan kepada Negeri pada hari itu.

 

(2) Dalam Perkara ini "pindaan" termasuklah tambahan dan pemansuhan.'.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas