PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XIII - PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN




Perkara 163. Penerusan buat sementara Ordinan Peraturan-Peraturan Darurat 1948-Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

____________________________________________
CATATAN

Per. 163:

1. Perkara-perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963:

163. (1) Ordinan Peraturan-Peraturan Darurat 1948, dan kesemua perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya hendaklah, jika tidak ditamatkan terlebih dahulu melalui suatu Proklamasi di bawah Fasal (2), terhenti berkuat kuasa apabila habis tempoh satu tahun bermula dari Hari Merdeka atau, jika diteruskan di bawah Perkara ini, apabila habis tempoh satu tahun dari tarikh Ordinan dan perundangan subsidiari yang sepatutnya terhenti berkuat kuasa jika tidak kerana penerusan itu atau penerusan yang terakhir itu.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh pada bila-bila masa memansuh Ordinan tersebut dan mana-mana perundangan

subsidiari yang dibuat di bawahnya melalui suatu Proklamasi yang mengisytiharkan bahawa tidak perlu lagi untuk mengadakan Ordinan itu.

(3) Ordinan dan perundangan subsidiari tersebut bolehlah diteruskan dari semasa ke semasa melalui suatu

ketetapan setiap Majlis Parlimen.

(4) Semasa Ordinan tersebut berkuat kuasa mana-mana perundangan subsidiari yang sepatutnya boleh dibuat di

bawahnya sebaik sebelum Hari Merdeka bolehlah dibuat dengan sah di bawahnya walaupun ia tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini, dan Parlimen boleh, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, meminda atau memansuhkan mana-mana peruntukannya melalui undang-undang.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas