PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XIII - PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN




Perkara 164. Fungsi sementara Majlis Perundangan-Dimansuhkan.)

(Dimansuhkan).

____________________________________________
CATATAN

Per. 164:

1. Perkara-perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963:

164. (1) Majlis Undangan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, hendaklah terus wujud pada dan selepas Hari Merdeka dan tidak boeh dibubarkan sebelum hari pertama dalam bulan Januari, tahun seribu sembilan ratus lima puluh sembilan.

(2) Jika Suruhanjaya Pilihan Raya menasihati Yang di-Pertuan Agong bahawa tidak semunasabahnya boleh

dilaksanakan untuk diadakan pilihan raya ke Parlimen mengikut Perlembagaan ini sebelum hari pertama dalam bulan Julai, tahun seribu sembilan ratus lima puluh sembilan, Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa selepas hari pertama dalam bulan Januari, tahun seribu sembilan ratus lima puluh sembilan, melalui Proklamasi meneruskan Majlis Undangan sehingga suatu tarikh yang tidak lewat daripada akhir tahun itu, sebagaimana mana yang ditentukan dalam Proklamasi itu, dan Majlis Undangan hendaklah diteruskan dengan sewajarnya dan terbubar pada tarikh itu.

(3) Sehingga terbubarnya Majlis Undangan Bab 4 dan 5 Bahagian IV tidaklah terpakai, dan kuasa Parlimen di

bawah Perlembagaan ini boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Majlis Undangan; dan dengan demikian itu, berhubung dengan tempoh yang berakhir dengan terbubarnya Majlis Undangan, sebutan dalam Perlembagaan ini, selain sebutan dalam Perkara 159, mengenai Parlimen, mana-mana satu atau kedua-dua Majlis Parlimen dan sesuatu Akta Parlimen hendaklah masing-masing ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Majlis Undangan, Majlis Undangan dan sesuatu Ordinan yang diperbuat oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Majlis itu.

(4) Sehingga terbubarnya Majlis Undangan peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, yang

dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Kedua Belas hendaklah terus berkuat kuasa, tertakluk kepada ubah suaian yang dinyatakan dalam ruang kedua Jadual itu dan kepada ubah suaian selajutnya yang berikut, iaitu-

(a) bagi sebutan mengenai Negeri Melayu atau Negeri Selat hendaklah digantikan dengan sebutan mengenai Negeri;

(b) bagi sebutan mengenai Pesuruhjaya Tinggi hendaklah digantikan dengan sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong; dan

(c) bagi sebutan mengenai Majlis Mensyuarat Kerajaan Persekutuan hendaklah digantikan dengan sebutan mengenai Jemaah Menteri.

dan perkara 61 hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas