PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XIII - PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN




Perkara 168. Prosiding undang-undang-Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

____________________________________________
CATATAN

Per. 168:

Perkara ini yang berbunyi seperti berikut dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963:


"168. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai di mana-mana mahkamah sebaik sebelum Hari Merdeka yang dalamnya Baginda Ratu atau mana-mana perkhidmatan Baginda Ratu menjadi suatu pihak berkenaan dengan tanah jajahan atau Negeri Selat Melaka atau jajahan atau Negeri Selat Pulau Pinang hendaklah diteruskan dan selepas Hari Merdeka dengan Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang, mengikut mana-mana yang berkenaan, digantikan sebagai suatu pihak.

(2) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai di mana-mana

mahkamah sebaik sebelum Hari Merdeka yang dalamnya Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri atau mana-mana pegawai mana-mana satu Kerajaan menjadi suatu pihak hendaklah diteruskan pada dan selepas Hari Merdeka dengan Persekutuan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Negeri digantikan sebagai suatu pihak.

(3) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai di mana-mana mahkamah sebaik sebelum Hari

Merdeka yang dalamnya Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pegawainya menjadi suatu pihak hendaklah, jika hal perkara ini termasuk dalam lingkungan kuasa eksekutif Negeri, diteruskan pada dan selepas hari itu dengan Persekutuan digantikan sebagai suatu pihak.

(4) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai di mana-mana mahkamah sebaik sebelum Hari

Merdeka yang dalamnya sesuatu Negeri atau mana-mana pegawainya menjadi suatu pihak hendaklah, jika hal perkara ini termasuk dalam lingkungan kuasa eksekutif Persekutuan, diteruskan pada dan selepas hari itu dengan Persekutuan digantikan sebagai suatu pihak.

(5) Peguam Negara hendaklah, atas permohonan mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding yang disebut dalam

Perkara ini, memperakui sama ada Persekutuan atau sesuatu Negeri hendak, mengikut Perkara ini, digantikan sebagai suatu pihak dalam prosiding itu, dan apa-apa perakuan sedemikian hendaklah, bagi maksud prosiding itu, menjadi muktamad dan mengikat semua mahkamah, tetapi tidaklah berkuat kuasa untuk menjejaskan hak dan obligasi Persekutuan dan mana-mana Negeri antara sesama mereka sendiri.".

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas