PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN III - KEWARGANEGARAAN
Bab 1 - Pemerolehan Kewarganegaraan




Perkara 17. (Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di Persekutuan pada hari Merdeka)-Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).



____________________________________________
CATATAN

Per. 17:

1. Perkataan "pihak berkuasa pendaftaran" digantikan dengan "Kerajaan Persekutuan" oleh Akta 10/1960, perenggan 2(a), berkuat kuasa dari 1-12-1960.

2. Perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut, dimansuhkan oleh Akta 14/1962, seksyen 5, berkuat kuasa dari 1-7-1963, pemansuhan itu hendaklah tanpa menyentuh kuat kuasa Perkara itu mengenai mana-mana permohonan untuk pendaftaran di bawahnya yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 5 tersebut:

"17. Tertakluk kepada Perkara 18, apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan oleh mana-mana orang yang berumur lapan belas tahun atau lebih yang bermastautin di Persekutuan pada Hari Merdeka maka orang itu layak tertakluk kepada peruntukan Jadual Kedua didaftarkan sebagai warganegara jika dia memuaskan hati Kerajaan Persekutuan--

(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan dalam masa dua belas tahun sebaik sebelum tarikh permohonan itu, selama tempoh yang pada agregatnya berjumlah tidak kurang daripada lapan tahun;

(b) bahawa dia berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan;

(c) bahawa dia berkelakuan baik; dan

(d) kecuali jika permohonan dibuat dalam masa satu tahun selepas Hari Merdeka dan pemohon itu telah mencapai umur empat puluh lima tahun pada tarikh permohonan bahawa dia mempunyai pengetahuan asas bahasa Melayu."

3. Sebutan mengenai Perkara termansuh ini terdapat dalam Per. 25(1), (1A), (2), 28(1)(a), 28A(4), 43(7) dan dalam Jadual Kelapan seksyen 2(3), 20(3).

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas