PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XIII - PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN




Perkara 174. Jawatan kehakiman dan Peguam Negara-Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

_____________________________________________
CATATAN

Per. 174:

Perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963:

"174. (1) Hakim Besar dan hakim-hakim lain Mahkamah Besar yang memegang jawatan sebaik sebelum Hari Merdeka hendaklah, walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara 123, menjadi Hakim Besar dan hakim-hakim lain Mahkamah Besar pada hari itu dan hendaklah memegang jawatan atas terma-terma dan syarat-syarat yang tidak kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai bagi mereka sebaik sebelum hari itu.

(2) Orang yang memegang jawatan Peguam Negara sebaik sebelum Hari Merdeka hendaklah terus memegang

jawatan itu atas terma-terma dan syarat-syarat yang tidak kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai baginya sebaik sebelum Hari Merdeka dan adalah, walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara 123, layak dilantik sebagai hakim Mahkamah Besar.

(3) Seseorang yang sebaik sebelum Hari Merdeka ialah anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan

Persekutuan dan akan layak dilantik sebagai seorang hakim Mahkamah Besar jika dia warganegara adalah layak sedemikian walaupun dia bukan warganegara.

(4) Seseorang boleh, dalam tempoh sepuluh tahun yang bermula dari Hari Merdeka, dilantik menjadi seorang

Hakim Mahkamah Besar walaupun dia tidak layak di lantik dibawah Perkara 123 jika dia adalah dan telahpun selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun layak menjalankan amalan sebagai seorang peguam bela di dalam mahkamah di mana-mana negeri Komanwel yang mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad dalam perkara sivil atau jenayah; dan seseorang yang dilantik menurut kuasa Fasal ini boleh dilantik bagi suatu tempoh tetap (sama ada tempoh itu tamat sebelum atau selepas dia mencapai umur enam puluh lima tahun).

(5) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 162, tiada apa-apa jua dalam Bahagian IX boleh dikira sebagai

menjejaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada berhubung dengan persidangan oleh hakim-hakim dari negara-negara di luar Persekutuan di Mahkamah Besar.".

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas