PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XIV - KECUALIAN BAGI KEDAULATAN, DSB., RAJA-RAJA




Perkara 181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.

(2) Tiada apa-apa jua prosiding pun boleh dibawa di dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

____________________________________________
CATATAN

Per. 181(2):

1. Lihat Perkara 160(2) takrif "Raja".

2. Lihat Akta Penyemakan Undang-Undang Statut persekutuan (Guaman Terhadap Kerabat Pemerintah) 1966 [Akta 8/1966].

3. Perkataan "kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV" dimasukkan selepas perkataan "peribadinya" oleh Akta A848, seksyen 7, berkuat kuasa dari 30-3-1993.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas