PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN III - KEWARGANEGARAAN
Bab 2 - Penamatan Kewarganegaraan




Perkara 26A. Pelucutan kewarganegaraan anak orang yang hilang kewarganegaraannya.

Jika seseorang telah melepaskan kewarganegaraannya atau telah dilucutkan kewarganegaraannya di bawah Fasal (1) Perkara 24 atau perenggan (a) Fasal (1) Perkara 26, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana anak orang itu yang di bawah umur dua puluh satu tahun yang telah didaftarkan sebagai warganegara menurut Perlembagaan ini dan telah didaftarkan sedemikian sebagai anak orang itu atau anak isteri atau anak suami orang itu.

________________________________________________
CATATAN

Per. 26A:

1. Ditambahkan oleh Akta 14/1962, seksyen 11, berkuat kuasa dari 1-10-1962. Akta 26/1963, subseksyen 29(4), berkuat kuasa dari 16-9-1963, menggantikan perkataan "Fasal (2) Perkara 15" dengan perkataan "Perlembagaan ini atau Perlembagaan Negeri Singapura, dan telah didaftarkan sedemikian sebagai anak orang itu atau anak isteri atau suami orang itu". Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965, memotong perkataan dalam huruf condong.

2. Lihat Per. 26B(2), 28A(2).

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas