PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN III - KEWARGANEGARAAN
Bab 2 - Penamatan Kewarganegaraan




Perkara 26B. Peruntukan am tentang kehilangan kewarganegaraan.

(1) Pelepasan atau pelucutan kewarganegaraan tidaklah melepaskan seseorang daripada liabiliti berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan sebelum dia terhenti menjadi warganegara.

(2) TIada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25, 26 atau 26A melainkan jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa tidak berfaedah bagi kebaikan awam untuk dia terus menjadi warganegara; dan tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25, perenggan (b) Fasal (1) Perkara 26, atau Perkara 26A jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa akibat daripada pelucutan itu dia tidak akan menjadi warganegara mana-mana negara.


_____________________________
CATATAN

Per. 26B:

Ditambahkan oleh Akta 14/1962, seksyen 11, berkuat kuasa dari 1-10-1962.

Fasal (2): Lihat Per 28A(6).

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas