PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN IV - PERSEKUTUAN
Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan




Perkara 59. Sumpah oleh ahli-ahli.

(1) Tiap-tiap ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hendaklah sebelum mengambil kerusinya mengangkat dan menandatangani di hadapan orang yang mempengerusikan Majlis Parlimen itu suatu sumpah mengikut bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Keenam, tetapi seseorang ahli boleh sebelum mengangkat sumpah itu mengambil bahagian dalam pemilihan Yang di-Pertuan Dewan Negara atau Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

(2) Jika seseorang ahli tidak mengambil kerusinya dalam masa enam bulan dari tarikh Majlis Parlimen itu bersidang bagi pertama kalinya selepas pemilihannya atau dalam masa yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Majlis Parlimen itu, maka kerusinya hendaklah menjadi kosong.


_______________________________
CATATAN

Per. 59:

1. Lihat Per. 57(1A).

2. Fasal (2): Perkataan "tiga" digantikan dengan perkataan "enam" oleh Akta A566, seksyen 11, berkuat kuasa dari 16-12-1983.

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas