PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VI - PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI
Bab 6 - Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan Negeri




Perkara 95. Pemeriksaan aktiviti Negeri.

(1) Tertakluk kepada Fasal (3), pada menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Kerajaan Persekutuan boleh memeriksa mana-mana jabatan atau apa-apa kerja Kerajaan Negeri dengan tujuan untuk membuat suatu laporan mengenainya kepada Kerajaan Persekutuan.

(2) Sesuatu laporan yang dibuat di bawah Perkara ini, jika diarahkan sedemikian oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah disampaikan kepada Kerajaan Negeri dan dibentangkan di hadapan Dewan Undangan Negeri.

(3) Perkara ini tidak memberi kuasa pemeriksaan mana-mana jabatan atau apa-apa kerja yang menguruskan hanya atau yang dijalankan hanya mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam kuasa perundangan khusus sesuatu Negeri.

_____________________________________________
CATATAN

Per. 95:

Lihat Per. 80(2).

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas