PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN KEWANGAN
Bab 1 - Am




Perkara 100. Rang Undang-Undang Perbekalan.

Perbelanjaan yang hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan tetapi tidak dipertanggungkan padanya, selain perbelanjaan yang hendaklah dibayar dengan jumlah wang yang disebut dalam Fasal (3) Perkara 99, hendaklah dimasukkan ke dalam suatu Rang Undang-Undang, yang hendaklah dikenali sebagai Rang Undang-Undang Perbekalan, yang membuat peruntukan bagi pengeluaran jumlah wang yang perlu daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk membayar perbelanjaan itu dan penguntukan jumlah wang itu bagi maksud yang dinyatakan dalamnya.

_____________________________________________
CATATAN

Per. 100:

1. Lihat Per. 102(b).

2. Perkataan "Kepala-kepala" sebelum "Perbelanjaan" dalam baris satu dipotong oleh Akta A354, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas