|ENGLISH

 

[ ]

 

DATA OPSYEN UMUR PERSARAAN PAKSA / WAJIB

 

Muat Turun Surat Edaran
Muat Turun Lampiran A
Muat Turun Lampiran B
Muat Turun Lampiran C
Muat Turun Lampiran D

Pemberitahuan :
Dilanjutkan sehingga 30 Mac 2012.
Mohon emelkan Lampira A terlebih dahulu jika Lampiran B dan Lampiran C lambat untuk disediakan.

 

Rujukan : JPA/PEN(R)256/6/3 (29 )

                                                                     Tarikh :      25 Januari 2012

 Edaran Kepada Semua

Kementerian/Jabatan/Agensi Sektor Awam 

Tuan,

MOHON MAKLUMAT / DATA OPSYEN UMUR PERSARAAN PAKSA/WAJIB DI BAWAH SKIM SBPA (LAMPIRAN A), DATA BAKAL PESARA BAGI TAHUN 2012 (LAMPIRAN B) DAN DATA BAKAL PESARA BAGI TAHUN 2013 (LAMPIRAN C) 

Dengan hormatnya sukacitanya saya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011/ Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2011/ Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011/ Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2011 yang telah berkuatkuasa mulai 1.1.2012 dan Seksyen 10 Akta Pencen 227 / 239 (1980) adalah juga dirujuk. 

2.         Jabatan ini (Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA) sedang mengumpul  maklum balas data pilihan umur persaraan wajib (55/56/58/60 tahun) termasuk di bawah skim SBPA yang dibuat oleh pegawai di Kementerian/Jabatan/Agensi tuan mengikut gred jawatan bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P)dan Kumpulan Pelaksana (Lampiran A).   

3.         Manakala data bakal pesara bagi tahun 2012 (Lampiran B) dan data bakal pesara bagi tahun 2013 (Lampiran C) diperlukan oleh Jabatan ini adalah bagi maksud untuk merancang tindakan mengurus pembayaran faedah persaraan tepat pada masanya. Sekarang ini data dari sistem HRMIS kurang up to date  dan mengalami sedikit masalah.  Lampiran D senarai kementerian/jabatan/agensi.

4.         Semua maklum balas data (Lampiran ini) hendaklah merangkumi agensi di bawah Kementerian tuan, kecuali...............akan diminta secara langsung oleh Jabatan ini kepada agensi tersebut. 

5.         Bagi keseragaman dan memudahkan maklum balas daripada pihak tuan, semua Lampiran tersebut telah disediakan dalam bentuk MS Excel yang boleh pihak tuan capai (download) di paparan utama laman web Jabatan ini iaitu http://www.jpapencen.gov.my  

6.         Setelah selesai pihak tuan isikan semua data/lampiran tersebut adalah dimohon pihak tuan dengan segera menghantar softcopy data/lampiran tersebut ke Jabatan ini melalui tangan atau e-mel kan ke opsyenumur@jpa.gov.my atau zahrol@jpa.gov.my atau hanani@jpa.gov.my selewat-lewatnya pada 15.2.2012 (Rabu).  

7.         Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi pegawai Jabatan ini iaitu En. Ghazali b. Hizam di talian 03-88854005 atau En. Zahrollail b. Zainal di talian 03-88854128 atau Pn. Nur Hanani bt. Muhammad di talian 03-88854844. 

Sekian, atas kerjasama tuan diucapkan terima kasih. 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 

                T.T

(DATO’ YEOW CHIN KIONG)

Pengarah
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

MALAYSIA