|ENGLISH

 

[ ]

 

Penyelarasan Pencen 2 Peratus

FAQ Penyelarasan Pencen 2 Peratus Setahun Mulai Tahun 2013

 

1.

SOALAN     :

Siapakah yang layak menerima penyelarasan pencen 2 peratus? 

 

JAWAPAN  :

Pesara / penerima pencen terbitan dan penerima pencen tanggungan bagi perkhidmatan awam Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan yang telah menerima pencen pada tahun 2012.

 

2.

SOALAN     :

Bilakah bayaran penyelarasan pencen sebanyak 2 peratus dibayar kepada pesara? 

 

JAWAPAN  :

Bayaran akan dibuat mulai Januari 2013 bagi pesara / penerima pencen terbitan dan penerima pencen tanggungan yang telah menerima pencen bulanan pada tahun 2012.

 

3.

SOALAN     :

Adakah penyelarasan pencen 2 peratus dikira daripada amaun pencen semasa atau amaun pencen asal (amaun pencen semasa bersara)? 

 

JAWAPAN  :

Penyelarasan pencen 2 peratus akan dikira daripada amaun pencen semasa yang diterima pada tahun 2012. 

 

4.

SOALAN     :

Adakah pesara yang bersara pada 1/1/2013 layak menerima kenaikan 2 peratus pada tahun tersebut?

JAWAPAN  :

Tidak layak. Mereka akan menerima penyelarasan pencen 2 peratus mulai tahun 2014. 

 

5.

SOALAN     :

Sekiranya terdapat semakan gaji anggota sektor awam, adakah pesara akan menerima penyelarasan pencen berasaskan kenaikan gaji anggota sektor awam?  

JAWAPAN  :

Tidak. Sebaliknya pesara / penerima pencen terbitan dan pencen tanggungan akan menerima penyelarasan pencen setiap tahun dengan kadar kenaikan 2 peratus. 

 

6.

SOALAN     :

Bagaimanakah pengiraan penyelarasan 2 peratus?

 

JAWAPAN  :

Formula Pengiraan : [Amaun pencen semasa + (Amaun pencen semasa x 2/100)]    

Contoh pengiraan penyelarasan setiap tahun dengan kadar kenaikan 2 peratus:-

Encik Ahmad telah menerima pencen sebanyak RM1000.00 sebulan pada tahun 2012. Berapakah jumlah pencen Encik Ahmad selepas menerima kenaikan 2 peratus pada tahun 2013 hingga tahun 2016? 

Pencen bulanan tahun 2013 :

RM1000.00 x 2/100 = RM20.00 (kenaikan 2 peratus)

RM1000.00 + RM20 = RM1020.00 (jumlah pencen bulanan yang diterima) 

Pencen bulanan tahun 2014 :

RM1020.00 x 2/100 = RM20.40 (kenaikan 2 peratus)

RM1020.00 + RM20.40 = RM1040.40 (jumlah pencen bulanan yang diterima) 

Pencen bulanan tahun 2015 :

RM1040.40 x 2/100 = RM20.80 (kenaikan 2 peratus)

RM1040.40 + RM20.80 = RM1061.20 (jumlah pencen bulanan yang diterima) 

Pencen bulanan tahun 2016 :

RM1061.20 x 2/100 = RM21.23 (kenaikan 2 peratus)

RM1061.20 + RM21.22 = RM1082.43 (jumlah pencen bulanan yang diterima) 

7.

SOALAN     :

Adakah Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara dan Hakim layak menerima penyelarasan sebanyak 2 peratus? 

JAWAPAN  :

Tidak layak kerana golongan ini menggunakan Akta dan peruntukan undang-undang yang berbeza.

 

 [Muat Turun Soalan Lazim Penyelarasan Pencen 2 Peratus]