[ ]

 

EHUTANG PESARA

BAYARAN BALIK HUTANG PESARA SECARA PERBANKAN ATAS TALIAN

Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia memperkenalkan kaedah bayaran balik hutang pesara secara atas talian yang dikenali sebagai e-Hutang. Kaedah ini akan memudahkan pesara/ penerima Pencen Terbitan (PT)/ waris untuk membuat bayaran. Walau bagaimanapun pembayaran balik melalui kiriman wang, wang pos dan draf bank masih dikekalkan.

KAEDAH BAYARAN BALIK HUTANG PESARA

TATACARA PENGGUNAAN KAEDAH PEMBAYARAN SECARA ONLINE

SOALAN LAZIM

SENARAI BANK YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN :

Terma & Syarat :

  1. Pengguna yang mempunyai akaun bank di bawah serta menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian (online banking) sahaja.
  2. Perkhidmatan Cash/ Cheque Deposit Machine (CDM) tidak dibenarkan.
  3. Pindahan melalui Automated Teller Machine (ATM) tidak dibenarkan.
Maybank  CIMB  Bank Muamalat
Affin Bank  Bank Islam

CAJ PEMBAYARAN PERKHIDMATAN

Caj pembayaran perkhidmatan sebanyak RM0.50 akan dicaj kepada akaun pembayar bagi setiap kali urusan transaksi.

SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI :

Bahagian Pencen Semenanjung
No. Telefon : 0388854160/4581/4720/4823
Emel : ehutang.bphq@jpa.gov.my

Bahagian Pencen Sabah
No. Telefon : 088-488661/488663
Emel : ehutang.bpsabah@jpa.gov.my

Bahagian Pencen Sarawak
No. Telefon : 082-255097/413760
Emel : ehutang.bpsrwk@jpa.gov.my