|ENGLISH

 

[ ]

 

E-MASS

PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN BEKALAN UBAT DAN ALATAN PERUBATAN KEPADA PESARA AWAM PERSEKUTUAN DAN TANGGUNGAN YANG LAYAK

Kerajaan telah melantik Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. melalui tender terbuka bagi melaksanakan pembiayaan ubat dan peralatan perubatan yang dibekalkan kepada Pesara Awam Persekutuan melalui Electronic Medical Automation Supply System (e-MASS) mulai 15 Februari 2012. Melalui e-MASS, Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. merupakan perantara di antara JPA dengan Pesara Awam Persekutuan bagi mendapatkan bekalan ubat dan peralatan perubatan yang tidak dapat dibekalkan/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan.

Melalui prosedur sedia ada, Pesara Awam Persekutuan akan mendapatkan ubat di hospital/klinik kerajaan. Sekiranya ubat yang dipreskripsikan oleh doktor tidak dapat dibekalkan/disediakan oleh hospital/klinik kerajaan, maka Pesara Awam Persekutuan akan mendapatkan ubat tersebut di hospital/klinik/farmasi/agensi swasta dengan menggunakan wang sendiri. Setelah ubat yang diperlukan telah diperolehi daripada hospital/klinik/farmasi/agensi swasta, Pesara Awam Persekutuan kemudiannya akan membuat tuntutan bayaran balik kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA dengan mengemukakan resit pembelian yang asal serta Borang 1/09 yang telah mendapat pengesahan/perakuan daripada Pegawai/Pakar Perubatan bahawa ubat/peralatan perubatan tersebut tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan.

Dengan pelaksanaan e-MASS, Pesara Awam Persekutuan boleh mendapatkan bekalan ubat/peralatan perubatan di hospital/klinik/farmasi/agensi swasta yang berdaftar dengan Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. tanpa membuat sebarang bayaran (tertakluk kepada syarat-syarat). Pesara Awam Persekutuan boleh mendapatkan bekalan ubat/peralatan perubatan melalui kaedah-kaedah seperti berikut :  

i)              datang terus ke hospital/klinik/farmasi/agensi swasta yang berdaftar dengan Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd.; 

ii)             menghubungi Call Centre yang disediakan dan penghantaran akan dibuat secara terus oleh Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. kepada Pesara Awam Persekutuan atau hospital; atau 

iii)            membuat tempahan melalui laman web e-MASS dan penghantaran akan dibuat secara terus oleh Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. kepada Pesara Awam Persekutuan atau hospital.

Senarai hospital/klinik/farmasi/agensi swasta yang berdaftar dengan Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. boleh diperolehi melalui laman web www.oratis.com.my  

Selaras dengan pelaksanaan e-MASS, mulai 15 Mei 2012 JPA tidak akan menerima sebarang permohonan tuntutan bayaran balik perbelanjaan perubatan bagi pembelian ubat dan peralatan perubatan daripada Pesara. Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. akan bertanggungjawab menguruskan pembekalan ubat dan peralatan perubatan kepada Pesara Awam Persekutuan dan kemudiannya menyalurkan tuntutan kepada JPA untuk membuat bayaran balik kepada rangkaian farmasi dan pembekal peralatan perubatan.