Percantuman perkhidmatan lepas ialah proses
mengagregatkan tempoh perkhidmatan sekarang dengan tempoh
perkhidmatan dahulu di agensi awam lain bagi membolehkan keseluruhan
tempoh perkhidmatan tersebut dimasukira untuk tujuan pengiraan
faedah di bawah undang-undang pencen. Tempoh perkhidmatan yang boleh
dipertimbangkan untuk percantuman ialah seperti yang terkandung di
dalam Peraturan 5, 6, 7 dan 8, PU(A) 176 / 80 bagi pegawai
perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri atau Peraturan 4, 5, 6 dan
7, PU(A) 134 / 90 bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak
Berkuasa Tempatan.
Anggota serta Ketua Jabatan hendaklah menguruskan
permohonan percantuman perkhidmatan lepas semasa anggota masih lagi
dalam perkhidmatan, iaitu selewat-lewatnya dua (2) tahun sebelum
tarikh
persaraan.
Permohonan percantuman perkhidmatan lepas
hendaklah dikemukakan kepada JPA berserta borang dan dokumen seperti
di bawah.
Bil
Borang dan Dokumen
a.
Borang JPA.BP.SPPP.B05 - Permohonan
Percantuman Perkhidmatan Lepas
b.
Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan
Kenyataan Cuti bagi perkhidmatan sebelum dan
perkhidmatan sekarang.
c.
Salinan Kad Pengenalan pegawai
d.
Salinan surat kelulusan peletakan
jawatan atau pelepasan dengan izin daripada
agensi-agensi terdahulu (jika berkenaan)
e.
Salinan surat kelulusan cuti tanpa
gaji (jika berkenaan)
f.
Salinan surat tawaran pelantikan
(jika berkenaan)
g.
Borang BAT ‘D’ 132 Pindaan 1/95 bagi
bekas anggota tentera
h.
Penyata Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT) (jika berkenaan)
i.
Surat persetujuan pembayaran balik
ganjaran, sagu hati atau caruman majikan di LTAT daripada
pegawai (jika berkenaan)
j.
Salinan surat tawaran biasiswa bagi
kes-kes peletakan jawatan bagi melanjutkan pelajaran
(jika berkenaan)
k.
Salinan dokumen lain yang berkaitan
dengan perkhidmatan lepas yang hendak dicantumkan
Untuk paparan terbaik, sila gunakan
Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin komputer 1024
× 768 pixel Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pencen,
Aras 2-5, Blok C2, Parcel C, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62510
Putrajaya, Malaysia,
Tel : 603 88854000