FAEDAH TERBITAN KERANA KEMATIAN ANGGOTA DALAM PERKHIDMATAN
Faedah Terbitan
|
Formula Pengiraan |
a. Pencen Terbitan |
1/600 x jumlah genapnya x gaji yang akhir bulan perkhidmatan diterima yang boleh dimasukira
tertakluk kepada maksimum sebanyak 3/5 daripada gaji yang akhir diterima sebulan tetapi i. tidak kurang satu perlima daripada gaji yang akhir diterima sebulan ; dan ii. tidak kurang daripada RM720.00 sebulan sekiranya tempoh perkhidmatan yang dimasukira 300 bulan atau lebih Pembahagian Syir: i. duda / setiap balu 2 bahagian ii. setiap anak 1 bahagian
|
b. Ganjaran Terbitan |
7.5 % x jumlah genapnya x gaji yang akhir bulan perkhidmatan diterima yang boleh dimasukira Pembahagian Syir : i. 1/10 kepada ibu/bapa dengan mendahulukan ibu ii. 9/10 mengikut pembahagian syir seperti di (a) ( Bagi anggota bujang yang tiada ibu / bapa dan anak, ganjaran boleh dibayar kepada wakil diri yang sah disisi undang- undang)
|
Bagi Pegawai Sementara yang mati dalam perkhidmatan, orang tanggunggannya layak dibayar faedah terbitan di bawah Seksyen 25 Akta 227 seperti berikut : i. elaun bersara terbitan atas kadar ¾ daripada amaun di (a) ii. ganjaran terbitan atas kadar ¾ daripada amaun di (b)
|