[ ]

 

FAEDAH TERBITAN

PENGENALAN

Faedah Terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang diberikan kepada orang tanggungan jika pegawai/pesara meninggal dunia.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG PENCEN

Antara jenis-jenis faedah terbitan yang diperuntukan dalam undang-undang adalah seperti berikut: 

Jenis

Peruntukan

Formula

Tanggungan yang layak

 Ganjaran Terbitan

 

Pemberian faedah yang dibayar sekaligus kepada tanggungan/ wakil yang sah disisi undang-undang pegawai/pekerja yang meninggal dunia dalam perkhidmatan

 

 

 

 

 

 

  

 

Seksyen 14 & 15 Akta Pencen 1980 (Akta 227); dan
 

Seksyen 15 & 16, Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
 
 

 

 

 

7.5% x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji yang akhir diterima

 

 

  

(1)    Balu atau duda;

(2)    Anak; dan

(3)    Ibu kepada pegawai/ pekerja yang mati atau jika ibunya telah mati, bapa tanggungannya.

 

Pembahagian syir:

(1)    1/10 kepada ibu/bapa

(2)    9/10 kepada balu/duda/anak

  

(Bagi anggota/pekerja yang tidak mempunyai orang tanggungan, maka ganjaran boleh dibayar kepada wakil yang sah disisi undang-undang)

 Pencen Terbitan

 

Pencen bulanan yang terbit disebabkan oleh kematian pegawai / pekerja/ pesara, yang dibayar kepada orang tanggungan pegawai/ pekerja/ pesara  seperti mana yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Pencen yang berkaitan.

 

 

 

Seksyen 14 & 15 Akta Pencen 1980 (Akta 227); dan
 
Seksyen 15 & 16, Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
 

 

 

 1/600 x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji yang akhir diterima, tertakluk kepada maksimum sebanyak tiga per lima daripada gaji yang akhir diterimanya; atau
 
Bagi tempoh perkhidmatan yang kurang daripada 120 bulan (10 tahun), formula pencen terbitan :
1/5 x gaji akhir
 
Tidak kurang daripada RM720.00 sebulan sekiranya tempoh perkhidmatan yang dimasukira bersamaan atau melebihi 300 bulan.
 

  

(1)    Balu atau duda;

(2)    Anak.

 

Dengan syarat bahawa hal bayaran kepada seseorang duda, pegawai perempuan yang mati itu mesti berada dalam perkhidmatan pada atau selepas 1hb Julai 1980.

 

Pembahagian syir:

(1)    Balu/duda – 2 syir

(2)    Setiap anak – 1 syir

 

 

 

 Gantian Cuti Rehat (GCR)

 

Faedah yang diberi bagi cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan sehingga maksimum sebanyak 150 hari kepada pegawai berpencen  yang meninggal dunia dalam perkhidmatan

 

 

 

 

 

  

 Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980.

 

1/30   x     cuti rehat dikumpul    x   emolumen *

 

* gaji akhir termasuk imbuhan tetap

 

 

  1. Balu atau duda;

  2. Anak; dan

  3. Ibu kepada pegawai yang mati atau jika ibunya telah mati, bapa tanggungannya.
     

 Pembahagian syir:

  1. 1/10 kepada ibu/bapa

  2. 9/10kepada balu/duda/anak
     

(Bagi anggota yang tidak mempunyai orang tanggungan, maka GCR boleh dibayar kepada wakil yang sah disisi undang-undang)

 

 

Ex-Gratia Terbitan

 

Bayaran sekaligus kepada ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa kepada anggota berpencen yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau anak. Pemberian ini adalah sebagai tambahan kepada ganjaran terbitan atau caruman syer Kerajaan/majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau mana-mana kumpulan wang simpanan berserta faedah yang terakru.

 

  

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008

  

1/20 atau 7.5% * x tempoh perkhidmatan secara isyarat x gaji akhir pada tarikh kematian

 

TOLAK ganjaran terbitan yang telah dibayar atau caruman syer Kerajaan/majikan KWSP atau mana-mana kumpulan wang simpanan semasa perkhidmatan gemulah berserta faedah yang terakru, mana yang berkenaan

 

*Mengikut faktor pengiraan ganjaran terbitan yang terpakai untuk gemulah

   

Ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa yang layak diberi ex-gratia terbitan adalah:

 

(i) ibu atau bapa yang masih hidup pada 1 Januari 2009 dan telah dibayar ganjaran terbitan; atau

 

(ii) ibu atau bapa yang masih hidup pada 1 Januari 2009 dan telah dibayar caruman syer Kerajaan/majikan KWSP atau mana-mana kumpulan wang simpanan berserta faedah yang terakru, yang mana lebih berfaedah baginya berbanding ganjaran terbitan.

 

*Jika ibu dan bapa seperti di perenggan 5(i) atau (ii) di atas telah meninggal dunia sebelum pembayaran ex-gratia terbitan dibuat, maka pembayarannya boleh dibuat kepada wakil diri di sisi undang-undang gemulah ibu atau bapa itu.

 

 

Pencen Tanggungan

Pemberian tambahan kepada pencen terbitan dan ganjaran terbitan kepada orang tanggungan seseorang pegawai /pekerja yang meninggal dunia dalam hal keadaan yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang berkaitan.

 

   

Seksyen 18, Akta Pencen 1980 (Akta 227); atau

Seksyen 20, Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239).
 

 

  

Seperti yang diperuntukan di **Peraturan  19, Peraturan-Peraturan Pencen 1980.

  

  • Balu*;

  • Anak; dan

  • Ibu kepada pegawai yang mati atau jika ibunya telah mati, bapa tanggungannya
     

*Balu dalam peraturan ini termasuk seorang duda dalam tanggungan yang hilangupaya secara kekal sama ada otak atau jasmani dan takupaya menanggung nafkahnya sendiri pada masa matinya pegawai perempuan itu.

 

**Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencen 1980:

 

BIL

KETERANGAN

BALU

ANAK (TIAP-TIAP SEORANG, TERHAD KEPADA 6 ORANG SAHAJA)

IBU / BAPA

a.

Jika layak dibayar kepada balu, anak dan ibu/bapa

1/4 x gaji akhir

1/24 x gaji akhir

1/8 x gaji akhir

b.

Jika hanya layak dibayar kepada balu dan anak sahaja

1/4 x gaji akhir

1/24 x gaji akhir

-

c.

Jika hanya layak dibayar kepada balu dan ibu/bapa sahaja

1/4 x gaji akhir

 

1/8 x gaji akhir

d.

Jika hanya layak dibayar kepada anak dan ibu/bapa

-

1/12 x gaji akhir

1/4  x gaji akhir

e.

Jika hanya layak dibayar kepada ibu/bapa sahaja

-

-

1/4  x gaji akhir

f.

Jika hanya layak dibayar kepada anak sahaja

-

1/12 x gaji akhir

-

 

TAFSIRAN

Seksyen 2, Perturan-Peraturan Pencen  1980 / Peraturan 2, Peraturan –Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990

  •  “balu” dan “duda” ertinya isteri atau suami yang masih hidup kepada seseorang pegawai/pekerja yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, ugama adat atau kelaziman.

 

Seksyen 2, Akta Pencen 1980 (Akta 227) / Peraturan 2, Peraturan –Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990

  •  “Anak” ertinya ialah anak seorang pegawai atau pesara yang mati iaitu anak di bawah umur 21 tahun dan masih belum berkahwin, termasuk :-

  • anak kandung ;

  • anak yang lahir selepas kematian pegawai ;

  • anak tiri tanggungan ;

  • anak tak sahtaraf ;

  • anak angkat ;
    Anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengangkatan tersebut atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan tersebut.

  • anak cacat
    Anak yang tidak kira apa jua umurnya yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri  serta kecacatan tersebut dialami sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.
     
     

 

PROSEDUR PERMOHONAN FAEDAH TERBITAN BAGI KES KEMATIAN DALAM PERKHIDMATAN

 

(a)    Tindakan oleh Balu/Duda/Anak/Waris 

Jika berlaku kematian anggota/pekerja berpencen dalam perkhidmatan, balu/duda/anak/waris hendaklah mengambil tindakan berikut:

(i)   Laporkan segera kepada Ketua Jabatan di mana anggota/pekerja bepencen berkhidmat dan mengemukakan satu(1) salinan dokumen-dokumen berikut:

  • Sijil kematian;

  • Sijil perkahwinan/pendaftaran perkahwinan;

  • Kad pengenalan balu/duda;

  • Muka surat Buku Bank / Penyata Akaun Semasa yang menunjukkan butir-butir pemilik dan nombor akaun bank;

  • Sijil kelahiran dan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat(jika berkenaan);

  • Sijil pengangkatan atau surat pengambilan dan pengesahan anak angkat (jika berkenaan);

  • Kad pengenalan ibu/bapa anggota/pekerja yang meninggal dunia; dan

  • Sijil kelahiran anggota/pekerja atau dokumen pengambilan anggota/pekerja sebagai anak angkat (sebagai bukti pertalian anggota dengan ibu/bapa.

(ii)   Memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Jabatan.

 

(b) Tindakan oleh Ketua Jabatan

Borang dan dokumen yang perlu disediakan oleh Ketua Jabatan untuk dikemukakan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan dengan kadar yang segera:

  • Borang JPA.BP.SPT.B01a – Permohanan Faedah Terbitan Bagi Kematian dalam Perkhidmatan;

  • Borang JPA.BP.UMUM.B02-Pengiraan Cuti Rehat Yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980 (jika berkenaan;

  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti yang telah dikemaskini sehingga tarikh kematian anggota/pekerja; dan

  • Borang JP.BP.SPT.B01e – Maklumat Tanggungan dengan sisipan Surat Akuan Balu/Duda yang Sah ( Borang JPA.BP.SPT.B01E Pin 2007) serta Maklumat Akaun Bank Permohon (JPA.BP.SPT.B06 Pin 2007) dan semua dokumen yang telah dikemukan oleh balu/duda/anak/waris.

  • Borang JPA.BP.UMUM.B04- Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Cacat /Cacat Anggota (Jika berkenaan);

  • Borang JPA.BP.SKP.B08(pinda) – Permohonan Perlantikan Wakil Skim A berserta satu(1) salinan kad pengenalan wakil.
     

Borang dan Dokumen yang boleh dikemukan kemudian oleh Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan

 

 

PROSEDUR PERMOHONAN FAEDAH TERBITAN BAGI KES KEMATIAN DALAM PERSARAAN

               

Apabila berlaku kematian pesara, balu/duda/anak yang layak hendaklah memohon pencen terbitan dengan mengemukakan borang-borang dan dokumen-dokumen seperti berikut:

 

(i)       Borang JPA.BP.SPT.B01d – Permohonan Faedah Terbitan bagi Kematian Dalam Persaraan berserta sisipan Surat Akuan Balu/Duda Yang Sah (Borang JPA.BP.SPT.B01E Pin 2007) dan berserta satu (1) salinan dokumen-dokumen berikut:

  • Sijil kematian pesara;
  • Sijil perkahwinan/pendaftaran perkahwinan;

  • Kad pengenalan balu/duda;

  • Sijil kelahiran dan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat (jika berkenaan);

  • Sijil pengangkatan atau surat pengambilan dan pengesahan anak angkat (jika berkenaan);
     

(ii)     Borang JPA.BP.SPT.B06 Pin 2007 - Maklumat Akaun Bank Permohon dan disertakan salinan muka surat Buku Bank

(iii)    Penyata Akaun Semasa yang menunjukkan butir-butir pemilik dan nombor akaun bank.

(iv)    Borang JPA.BP.UMUM.BMJ - Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah

(v)     Borang JPA.BP.SPT.BO3a - Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) (jika berkenaan)

(vi)    Kad Pesara yang asal.

(vii)  Borang JPA.BP.SKP.B08(pinda) – Permohonan Perlantikan Wakil Skim A berserta satu(1) salinan kad pengenalan wakil.
 

 

MAKLUMAT  TAMBAHAN 

  • Pencen terbitan dan pencen tanggungan kepada anak akan diteruskan selagi mereka tidak mencapai umur 21 tahun atau berkahwin mengikut mana yang terdahulu. Bagi anank yang sedang menuntut di IPT menuju ke ijazah pertama, pencen terbitan akan diteruskan selagi mereka tidak berkahwin atau berhenti menuntut atau mendapat ijazah tersebut mengikut mana yang terdahulu. Bagi anak cacat otak atau hilang upaya jasmani secara kekal dan tidak berupaya menaggung diri sendiri, pencen terbitan akan diteruskan.

  • Pencen terbitankepada balu/duda di mana perkahwinannya dengan gemulah dilangsungkan dalam persaraan serta anak hasil dari perkahwinan itu akan dihentikan setelah 20 tahun dari tarikh gemulah bersara.

  • Anak yang menerima pencen terbitan bertanggungjawab memberitahu Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA jika ia berkahwin atau telah mendapat ijazah pertama atau berhenti menuntut.
  • Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988) telah bersetuju bahawa Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka faedahnya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.