|ENGLISH

 

[ ]

 

KESIHATAN :: GANGGUAN PENDENGARAN

Kembali KESIHATAN

Pengenalan

  • Satu masalah biasa di kalangan warga tua di mana ia akan mengurangkan kebolehan berkomunikasi

  • Kurang pendengaran boleh menyebabkan

  • Salah faham

  • Kekeliruan

  • Keadaan ini boleh menyebabkan warga tua mengasingan diri daripada masyarakat akibat perasaan malu

  • Presbyacusis adalah satu masalah yang paling biasa dialami oleh warga tua.

Presbyacusis

  • Kehilangan pendengaran secara perlahan-lahan akibat ari degenerasi (proses kerosakan merosot) sel rerambut koklear dan serat-saraf

  • Bermasalah dengan nada suara yang tinggi, keadaan bertambah buruk jika terdedah kepada:

  • suasana yang bising dengan lama

  • ubat-ubatan - daiuretik

  • antibiotik

Tanda-tanda Kemungkinan Prebyacusis

  • Mengadu susah mendengar sesuatu terutamanya dalam keadaan yang bising

  • Sentiasa bersyaki halnya dibincang oleh orang lain

  • Menyalahkan ahli kelauarga tidak bercakap dengannya

  • Meminta mengulang sesuaty yang diberitahu kepadanya

  • Bercakap dengan nada suara yang kuat

  • kurang bercakap/bercampur gaul

Apakah anda perlu lakukan?

  • Jumpa doktor sekiranya ada tanda-tanda tersebut

  • Gunakan alat bantu pendengaran

  • Semasa bercakap gunakan teknik berikut bila bertutur dengan orang yang kurang pendengaran:

  • Berhadapan dengannya (dapat melihat/memerhati gerak geri, air muka anda)

  • Elak dari menutup mulut anda atau mengunyah (dapat memerhati pergerahan bibir anda)

  • Elak dari menjerit

  • Bercakap di sebelah telinga yang tidak bermasalah

  • Bercakap dengan perlahan, gunakan ayat yang pendek dan satu perkara pada setiap masa

  • Beri masa untuk bertindakbalas

  • Tentukan cahaya yang mencukupi