1/3 dari
kehidupan manusia dihabiskan dengan tidur
tidur adalah
waktu untuk berehat, boleh mengembalikan atau memulihkan fungsi
badan dan mental. Kurang tidur boleh menyebabkan perasaan kurang
selesa, mudah terganggu, kurang daya tumpuan, keletihan fizikal
dan mental.
Ada 2 jenis tidur
tidur ayam (tidur tidak nyenyak)
tidur nyenyak
INSOMNIA
Tidak boleh
tidur apabila sampai waktu menyebabkan seseorang itu kurang
aktif dan tidak produktif pada waktu siang.
Terbahagi
kepada
sementara
- berakhir dalam masa 2-3 hari
Kronik
- berlarutan hingga minggu dan bulan
Apa yang boleh
dilakukan :
Menyediakan persekitaran yang
selesa
mengadakan aktiviti harian
mengikut jadual seperti bekerja, berehat dan tidur
bangun tidur pada masa yang
sama walaupun tidur telah terganggu atau bila berlaku perubahan
waktu tidur
biasakan dengan tabiat baik
sebelum tidur seperti membaca atau minum susu
bersenam setiap hari, elakkan
senaman yang berat waktu malam.
gunakan katil hanya untuk tidur
sahaja(bukan membuat aktiviti mental di katil)
jangan merokok atau minum
minuman keras sebelum tidur
jangan minum kopi atau teh atau
makan 2-4 jam sebelum tidur
jangan berfikir kerana tidak
boleh tidur, jika selepas 30minit masih belum terlena, bangun dri
katil dan lakukan aktiviti ringan seperti membaca, mendengar muzik,
minum susu suam dan kembalik ke katil dengan fikiran terbuka.
hadkan waktu tidur disiang hari
kepada 1 jam atau elakkan terus.
Untuk paparan terbaik, sila gunakan
Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin komputer 1024 × 768
pixel
Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 2-5, Blok C2,
Kompleks C, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia,
Tel : 603 8885 4906 / 4475 / 4477 / 4478