|
|
|
Imbuhan Tetap (Bonus) dan Bayaran Prestasi Khas – Kaedah pembayaran imbuhan kepada pegawai yang bersara. Semasa pembentangan belanjawan 2009 di Dewan Rakyat, kerajaan telah membuat keputusan supaya Imbuhan Tahunan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan mereka kepada pembangunan negara. Imbuhan tahunan untuk pegawai yang bersara termasuk balu/duda kepada pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan adalah seperti yang dinyatakan pada perenggan 11 dan 12 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2008. ” 11. Pegawai yang bersara/meninggal dunia/letak jawatan/tamat perkhidmatan/tamat kontrak, perkiraan Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi adalah secara proportionate mengikut genap satu bulan perkhidmatan berdasarkan gaji akhir yang diterima.
12. Pegawai yang bersara dan dilantik semula, perkiraan Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi adalah secara proportionate berdasarkan kepada gaji akhir yang diterima sebelum bersara. Bagi tempoh dilantik semula, perkiraan hendaklah dibuat secara proportionate berdasarkan gaji jawatan baru. Penjelasan adalah seperti di perenggan 1, Lampiran A dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2008.” Klik sini. Pesara dan penerima pencen terbitan adalah dinasihati supaya menghubungi jabatan terakhir untuk urusan pembayaran. |
Untuk paparan terbaik, sila gunakan
Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin komputer 1024
× 768 pixel
Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca
Perkhdimatan, Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62510
Putrajaya, Malaysia,
Tel : 603 8885 4906 / 4475 / 4477 / 4478 Faks : 03 8889 2193