| Kad Pesara Kerajaan Malaysia
dikeluarkan di bawah Seksyen 23, Peraturan-peraturan Pencen
1980 bagi Pesara/Penerima Pencen Perkhidmatan Awam atau Seksyen
20, Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak berkuasa
Berkanun dan tempatan bagi pesara/Penerima Pencen Pihak berkuasa
Berkanun dan tempatan. Kad Pesara
merupakan Pengenalan Diri Pesara bagi membolehkan
memperoleh kemudahan perubatan di Hospital Kerajaan. Kemudahan
kad pesara ini layak dinikmati oleh pesara/penerima pencen, juga
kepada isteri/suami penerima pencen dan juga kepada anak-anak di
bawah umur 18 tahun atau 21 tahun bagi anak yang masih menerima
pendidikan tinggi(tiada had umur bagi anak cacat akal jasmani
kekal). |
|
 |
Penyalahgunaan kad pesara boleh didakwa di
Mahkamah di bawah Seksyen 24 Peraturan-peraturan Pencen 1980 atau
Seksyen 21 Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun
dan Tempatan, yang mana berkenaan.
Jika terdapat sebarang kerosakan atau kesilapan
butiran dalam kad pesara, sila hubungi 03-88854786 atau
alamatkan ke Unit Kecil Kad Pesara, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan
Perkhidmatan Awam. Permohonan penggantian kad pesara yang hilang
atau rosak(disebabkan oleh pesara/penerima pencen) hendaklah
disertakan dengan mengemukakan satu salinan Laporan Polis serta
bayaran RM5.00(lima ringgit Malaysia) melalui Wang Pos/Money Order/Cek
atas nama "KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA".
Kad Pesara ini hendaklah diserahkan kepada
Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia apabila
pemiliknya hilang kelayakan menerima pencen. |