|ENGLISH

 

[ ]

 

KESIHATAN :: KANSER

Kembali KESIHATAN

Kanser?

  • Sel-sel luar biasa yang membiak tanpa kawalan dan akhirnya membunuh serta menyebabkan kematian. 

Pengenalan

  • Terdapat berbagai jenis kanser, setiap jenis mempunyai gejala tersendiri dan rawatan berlainan

  • Kejadian kanser di kalangan warga tua adalah 10 kali ganda lebih daripada golongan muda

  • Pengesanan awal melalui ujian saringan adalah penting untuk keberkesanan rawatan

Kenapa warga tua mudah mendapat kanser?

  • Akibat perubahan-perubahan fisiologi proses penuaan – fungsi sistem imunniti pemantauan sel-sel luar biasa (immune surveillance of abnormal cancerous cells) berkurangan

  • Pendedahan kepada factor berisiko di dalam alam persekitaran.

Apa yang perlu anda lakukan?

  • Dapatkan ujian sarigan dengan kerap, sekurang-kurangnya setahun sekali (jika tiada masalah dikesan)

  • Pemeriksaan payudara

  • Pemeriksaan pap smear

Jumpa doktor dengan segera jika anda mendapati:

  • Darah dalam najis, kahak muntahan, air kencing dan dari kemaluan

  • Berat badan menurun tanpa sebab (lebih daripada 5%)

  • Suara menjadi garau (lebih daripada 2 minggu)

  • Perubahan pada payudara

  • Saiz

  • Warna

  • Tumbuhan

  • Kudis yang lambat sembuh dibibir, lidah, muka