|
Mengikut undang-undang pencen, seseorang pesara/penerima
pencen hendaklah bermastautin di Malaysia untuk melayakkannya
menikmati penyelarasan pencen dan faedah-faedah pencen yang lain.
Bagi mematuhi peruntukan ini, seseorang pesara/penerima
pencen yang ingin keluar negeri bagi tempoh melebihi tiga bulan
dikehendaki mengemukakan permohonan untuk mendapat pengecualian ke
atas syarat "bermastautin di Malaysia" bagi sepanjang tempoh ia
keluar negeri supaya ia terus layak menerima penyelarasan pencen
atau faedah lain, di mana berkenaan. Permohonan hendaklah dibuat
dua bulan sebelum bertolak ke luar negeri.
Antara dokumen yang diperlukan adalah :
-
Borang permohonan pengecualian mematuhi syarat bermastautin di
Malaysia Di Bawah Undang - Undang Pencen -
JPA.BP.SKP.B01
-
Salinan fotostat Pasport
Antarabangsa
-
Dokumen sokongan seperti surat
pengesahan dari Pegawai Perubatan, surat tawaran dari institusi di
luar negeri dan salinan surat tawaran pekerjaan dari majikan (mana
yang berkaitan)
Apabila pesara/penerima pencen
telah kembali ke negara ini setelah diluluskan berada di luar negeri
dalam tempoh tertentu, pesara/penerima pencen tersebut perlu membuat
pemberitahuan kepada Bahagian Pencen. Pemberitahuan ini boleh dibuat
melalui borang, telefon dan e-mel.
Sekiranya pesara/penerima pencen
tidak melaporkan kembali ke luar negeri, Bahagian Pencen akan menghantar
surat pertanyaan seminggu selepas tarikh sepatutnya kembali. Jika
masih belum kembali dalam tempoh 3 bulan dari surat pertanyaan, cara
pembayaran akan ditukar dari Skim A ke Skim B.
Antara dokumen yang diperlukan
ialah :
-
Borang Pemberitahuan Kembali Dari Luar Negeri -
JPA.BP.SKP.B02
-
Salinan paspot ( muka surat yang
ada cop kembali)
-
Bukti perjalanan – tiket kapal
terbang / boarding pass.
Pesara/penerima pencen
yang telah diberi kelulusan pengecualian mematuhi syarat Bermastautin
di Malaysia Di bawah Akta Penyelarasan Pencen 1980 tetapi tidak dapat
kembali ke negara ini dalam tempoh yang ditetapkan, apa yang perlu
dilakukan adalah memohon perlanjutan tempoh. Antara dokumen yang
diperlukan adalah :
Bagi pesara/penerima pencen yang
ingin menetap secara kekal dalam Konteks Undang-Undang Pencen, bolehlah
membuat pengakuan ke Bahagian Pencen. Antara dokumen yang diperlukan
adalah :
-
Pengakuan Pesara Menetap Secara Berkekalan di luar negeri di bawah
Undang-Undang Pencen -
JPA.BP.SKP.B04
-
Pengakuan Penerima Pencen Menetap Secara Berkekalan di luar negeri
di bawah Undang-Undang Pencen -
JPA.BP.SKP.B05
-
Borang pemantauan cap jari, gambar dan tandatangan pesara/penerima
pencen di luar negeri -
JPA.BP.SKP.B06
Pesara/penerima pencen yang
memohon pergi ke luar negeri (Pengecualian Mematuhi Syarat
Bermastautin) dan memerlukan pelantikan wakil diri hendaklah
mematuhi syarat-syarat berikut :
-
Permohonan pelantikan wakil diri
- JPA.BP.SKP.B07
-
Satu salinan kad pengenalan
wakil diri
-
Satu salinan kad pengenalan
pesara/penerima pencen.
-
Pesara/penerima pencen yang
mempunyai Akaun Bersama - Bahagian Pencen hanya menerima
pelantikan wakil diri bagi nama yang tercatat di dalam Buku Akaun
Bersama pesara/penerima pencen sahaja.
-
Wakil diri mestilah warganegara
Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
-
Tempoh kelulusan satu tahun
sahaja.
|