|
PELAKSANAAN KEMUDAHAN PERUBATAN(PEKELILING
PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2001)
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menerangkan
tatacara pelaksanaan bagi kemudahan perubatan yang tidak diperolehi di
hospital/klinik Kerajaan dan membenarkan Ketua Jabatan meluluskan
permohonan serta membuat bayaran bagi perbelanjaan perubatan berkenaan.
LATAR BELAKANG
2. Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pesara
Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen serta keluarga
mereka adalah layak mendapat kemudahan perubatan percuma di hospital/klinik
Kerajaan mengikut Perintah Am Bab 'F'. Sejak 1 Januari 1992, kemudahan
rawatan perubatan untuk ibu bapa yang sah telah diberi kepada anggota
Perkhidmatan Awam Persekutuan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 1 Tahun 1993.
3. Walau bagaimanapun terdapat keadaan di mana hospital/klinik
Kerajaan tidak dapat membekal atau menyediakan beberapa kemudahan
perubatan dengan sepenuhnya. Untuk mengatasinya, Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) telah meluluskan permohonan perbelanjaan bagi kemudahan
tersebut dan pembayaran dibuat oleh Jabatan yang berkenaan. Namun
pelaksanaan kemudahan ini di samping beberapa kemudahan perubatan lain
tidak disertakan dengan tatacara pelaksanaan yang terperinci.
4. Untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan jentera
pentadbiran di samping menjaga kebajikan anggota, pesara dan keluarga
serta ibu bapa anggota Perkhidmatan Awam, Ketua Jabatan hendaklah
melaksanakan kemudahan perubatan mengikut tatacara yang ditetapkan
dalam Pekeliling ini.
PELAKSANAAN
5. Mereka yang layak mendapat kemudahan perubatan ialah-
|
(i) |
anggota dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang
menerima pencen mengikut Perintah Am 1(vi) Bab F; |
|
(ii) |
keluarga anggota dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan
yang menerima pencen mengikut Perintah Am 1(iii) Bab F; dan
|
|
(iii) |
ibu bapa yang sah bagi anggota Perkhidmatan Awam
Persekutuan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1
Tahun 1993, terhad kepada kemudahan perubatan tertentu.
|
6. Permohonan perbelanjaan bagi ubat, alat ortopedik dan
anggota palsu (artificial limbs), perkhidmatan perubatan dan rawatan
penyakit buah pinggang [Hemodialisis/Continuous Ambulatory Peritoneal
Dialysis (CAPD)] dilaksanakan mengikut tatacara berikut -
7. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan di
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dilaksanakan
mengikut tatacara berikut -
|
(i) |
mendapat
rawatan di klinik LPPKN; dan |
|
(ii) |
rawatan primary
infertility sahaja; dan |
|
(iii) |
pengesahan oleh
pakar perubatan LPPKN mengenai (ii) di atas; dan |
|
(iv) |
permohonan
hendaklah menggunakan borang
Permohonan
Perbelanjaan Ubat, Alat, Perkhidmatan dan Rawatan;
dan |
|
(v) |
permohonan
diluluskan oleh Ketua Jabatan. |
8. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di
hospital/klinik swasta dilaksanakan mengikut tatacara berikut:-
|
(i) |
mendapat
rawatan di hospital/klinik swasta berdekatan dengan tempat
kejadian kecemasan kerana tiada hospital Kerajaan yang berhampiran;
dan |
|
(ii) |
keperluan
rawatan serta-merta yang tidak boleh dilengahkan bagi
menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening); dan |
|
(iii) |
pesakit dalam
keadaan kritikal/tenat semasa dibawa ke hospital/klinik swasta;
dan |
|
(iv) |
pengesahan
kecemasan oleh Pakar Perubatan hospital/klinik swasta berkenaan
mengenai (ii) di atas; dan |
|
(v) |
permohonan
hendaklah menggunakan borang
Permohonan
Perbelanjaan Rawatan Kecemasan Di Hospital / Klinik Swasta
dan |
|
(vi) |
permohonan
diluluskan oleh Ketua Jabatan. |
9. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kepakaran di
hospital swasta dilaksanakan mengikut tatacara berikut
|
(i) |
mendapat
rawatan di hospital Kerajaan; dan |
|
(ii) |
rawatan
kepakaran berkenaan tidak diperolehi di hospital Kerajaan; dan |
|
(iii) |
pengesahan
Pakar Perubatan hospital Kerajaan bahawa rawatan kepakaran
diperlukan dan boleh diperolehi di dalam negeri; dan |
|
(iv) |
perakuan Ketua
Pengarah Kesihatan mengenai (ii) di atas; dan |
|
(v) |
permohonan
hendaklah menggunakan borang
Permohonan
Perbelanjaan Rawatan Kepakaran Di Hospital Swasta
dan |
|
(vi) |
permohonan
diluluskan oleh JPA, Bahagian Saraan. |
10. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri
dilaksanakan mengikut tatacara berikut -
|
(i) |
mendapat
rawatan di hospital Kerajaan; dan |
|
(ii) |
rawatan khas
diperlukan dan tidak diperolehi di dalam negeri; dan |
|
(iii) |
pengesahan
Lembaga Perubatan mengenai (ii) di atas; dan |
|
(iv) |
perakuan Ketua
Pengarah Kesihatan bahawa rawatan sedemikian tiada pada Kerajaan;
dan |
|
(v) |
permohonan
hendaklah menggunakan borang
Permohonan
Perbelanjaan Rawatan Di Luar Negeri dan |
|
(vi) |
permohonan
diluluskan oleh Jemaah Pegawai Bagi Rawatan di Luar Negeri. |
11. Kemudahan rawatan percuma di Institut Jantung Negara
Sdn. Bhd. (IJNSB) boleh diperolehi mengikut tatacara berikut:-
|
(i) |
mendapat
rawatan di hospital Kerajaan; dan |
|
(ii) |
dirujuk oleh
Pakar Perubatan hospital Kerajaan ke IJNSB; dan |
|
(iii) |
mematuhi
peraturan dan syarat yang ditetapkan dalam "Panduan Mengenai
Kemudahan Di IJNSB Bagi Pelbagai Golongan Pesakit Di Bawah
Tanggungan Kerajaan Persekutuan – Kemudahan Perubatan Bagi Pegawai
Kerajaan" mengikut surat Kementerian Kesihatan Malaysia rujukan
(68) dlm.KKM.203/30 Bhg.5 bertarikh 16 September 1997. |
12. Untuk memudahkan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan
ini, satu panduan pelaksanaan disediakan seperti di lampiran.
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
13. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini,
Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab melaksanakan peraturan
sepertimana diperuntukkan dalam Pekeliling ini dan hendaklah
meluluskan permohonan perbelanjaan di mana berkaitan serta membuat
bayaran bagi perbelanjaan perubatan yang terlibat.
14. Bagi maksud Pekeliling ini, Ketua Jabatan untuk pesara
Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen ialah Pengarah
Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
TARIKH KUATKUASA
15. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1
Oktober 2001.
PEMAKAIAN
16. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa
masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya
dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun
dan Pihak Berkuasa Tempatan. Ketua Jabatan pihak berkuasa berkenaan
hendaklah melulus serta membuat bayaran perbelanjaan perubatan kepada
anggota dan pesara masing-masing.
KEMUDAHAN DI BAWAH PERINTAH AM B DAN 9 BAB F(1974)
Tuntutan balik
perbelanjaan bagi ubat dan perkhidmatan rawatan yang diperoleh
berasaskan preskripsi/surat Pegawai perubatan Kerajaan atau Doktor
Hospital Universiti tetapi disahkan tidak dapat dibekalkan oleh
Hospital Kerajaan atau Universiti :
-
Ubat yang
disenaraikan dalam Senarai Ubat mana-mana Hospital Kerajaan atau
Universiti. Sekiranya tiada dalam Senarai Ubat, perlu memperoleh
kebenaran khas dari Kementerian Kesihatan.
-
Anggota palsu dan
alat ortopedik serta alat yang dipasang(implanted) dalam tubuh bagi
menyelamatkan nyawa pesakit (serta penggantian alat-alat tersebut
tetapi bukan kerana sebab kecantikan)
-
Perkhidmatan CT
Scan, MRI dan Radiotherapy.
-
Rawatan kemandulan
(primary infernity) di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara sahaja.
-
Haemodialysis 3 kali
seminggu @ maksimum RM200 sekali, serta ubat Eprex sebagai bayaran
tambahan ATAU alat gunahabis dan ubat rawatan CAPD
-
Rawatan penyakit
jantung di Institut Jantung Negara (IJN)
-
Rawatan kepakaran di
hospital swasta.
|