|
KOMPONEN
PEMAKANAN SIHAT JADIKAN WAKTU MAKAN SEBAGAI MASA YANG BERFAEDAH
DAN MENYIHATKAN UNTUK SEISI KELUARGA
Makan merupakan salah satu aktiviti keluarga yang
penting yang perlu dikongsi bersama. Keluarga sepatutnya menjadikan
setiap aktiviti yang berkaitan dengan makanan seperti pembelian,
pemilihan dan penyediaan makanan sebagai aktiviti bersama.
Bayangkan betapa seronoknya anda menikmati makanan
bersama-sama keluarga dan betapa pentingnya makanan dalam
majlis-majlis sosial dan kerohanian.
AMALAN PEMAKANAN SIHAT BOLEH DIPUPUK DI RUMAH
Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang
penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah.
Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi
bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat.
MAKANAN DAN PEMAKANAN
-
Pengetahuan mengenai makanan dan
ciri-cirinya adalah penting untuk memberi nasihat pemakanan, menilai
pengambilan makanan dan merancang menu atau hidangan makanan.
-
Di Malaysia, makanan dibahagikan
kepada 3 kumpulan mengikut zat-zat penting yang terkandung di
dalamnya. Cara ini menyenangkan kita merancang satu hidangan
makanan yang seimbang.
-
Makanan untuk memberi tenaga
-
Makanan yang kaya dengan
karbohidrat (kanji) seperti nasi, gandum, ubi-ubi dan gula.
-
Makanan yang kaya dengan lemak
dan minyak, seperti minyak masak, majerin, mentega dan kacang.
-
Makanan untuk membina badan
-
Makanan yang kaya dengan
protein daripada sumber haiwan (ikan, telur, daging, susu) dan
daripada sumber tumbuhan (bijirin seperti nasi, gandum, jagung dan
kekacang seperti kacang dhal, kacang hijau dan kacang soya).
-
Makanan untuk menjauhkan
penyakit
-
Walau bagaimanapun, kebanyakan
makanan mengandungi lebih daripada satu zat. (Jadual kandungan zat
makanan yang dikembarkan menunjukkan jenis-jenis zat makanan dan
banyaknya di dalam bahan-bahan makanan tempatan).
-
Punca utama untuk tenaga di
Malaysia ialah nasi, keduanya gandum. Kedua-dua makanan ini kaya
dengan karbohidrat dan juga membekalkan sebahagian daripada protein
untuk keperluan badan kita. Minyak dalam masakan, santan kelapa dan
daging yang berlemak juga merupakan sumber tenaga dalam makanan
harian penduduk di sini
-
Sumber protein kita ialah
daripada ikan, telur, daging, nasi, gandum dan kekacang. Protein
daripada sumber tumbuh-tumbuhan kurang dihadamkan daripada protein
haiwan dan mempunyai nilai protein yang rendah kerana ia tidak
mengandungi beberapa asid amino yang penting. Tetapi campuran
beberapa protein tumbuh-tumbuhan dalam satu hidangan boleh
menyeimbangkan kandungan asid amino yang penting itu.
-
Protein sumber haiwan
mengandungi lebih asid amino yang penting. Setengah makanan sumber
haiwan boleh membantu dalam penyerapan zat besi ke dalam badan.
Oleh itu adalah digalakkan supaya makanan keluarga mengangungi ikan
atau tauhu atau daging untuk mendapat zat yang mencukupi. Vitamin
dan garam galian didapati daripada sayur-sayuran berdaun hijau dan
buah-buahan yang berwarna kuning atau merah. Pada amnya lebih pekat
warna daun atau buah-buahan, lebih berzat makanan itu.
|