|ENGLISH

 

[ ]

 

KESIHATAN :: MASALAH GIGI

Kembali KESIHATAN

Jagaan gigi yang baik sangatlah mustahak bagi golongan warga tua untuk membolehkan mereka:

  • makan serta kunyah dengan baik
  • bertutur dan berkomunikasi dengan baik
  • berwajah segak dan memberi keyakinan diri
  • menikmati kehidupan yang berkualiti
  • berbanding orang-orang muda warga tua lebih berisiko tinggi kepada kehilangan gigi, karis gigi dan sakit gusi.  Ini disebabkan oleh penjagaan gigi yang kurang sempurna semasa usia mudanya serta pengurangan pengaliran air liur akibat sesetengah penyakit yang dialami atau pengambilan ubat-ubatan.

Lain-lain Masalah:

  • karis gigi (berlaku pada akar gigi di kalangan warga tua) mengakibatkan:

    • gigi menjadi sensitif

    • gigi mengalami kesakitangigi tidak bergunsi

     

  • penyakit gusi pula menyebabkan

    • gusi berdarah dan bengkak

    • gusi menjadi longgar

    • gusi mula condong

     

  • kerosakan gigi,  penyakit gusi yang libatkan urat saraf membuatkan

    • wajah kelihatan kurang berseri

    • sensitif

    • sakit

    • gigi mati

    • kehilangan gigi

     

  • kehilangan gigi akan menyebabkan

    • kehilangan sokongan pada otot muka

    • kedutan di kulit wajah

    • kelihatan lebih tua

    • tulang rahang tidak rata

    • tempat dasar gigi palsu tidak sempurna (poor foundating foe denture

    • menjejaskan pengambilan makanan dan penyesuaian pada gigi palsu

     

    APA YANG HARUS DILAKUKAN

  • Warga tua harus melibatkan diri secara aktif dalam penjagaan gigi mereka dan berganding tangan dengan doctor gigi mereka untuk memelihara kebersihan gigi dengan sempurna

  • Buangkan anggapan yang gigi akan luruh mengikut usia.  Jangan terima pemakaian gigi palsu sebagai perkara biasa

  • Ada teknik, baru dalam perawatan pergigian dan mereka haruslah proaktif untuk mencarinya.

  • Tabiat memberus gigi dengan cara yang betul selama 5-10 minit 2 kali sehari haruslah dikekalkan

  • Jaga kebersihan gigi palsu anda

  • Lakukan pemeriksaan berkala dan kenalpasti masalah dengan awal.