Wanita yang
telah putus haid atau menopos dan tidak lagi boleh melahirkan anak.
Perubahan biologi dan kurang kesuburan bermula dari usia 45-55
tahun disebabkan tahap hormon estrogen dan progesterone (hormon-hormon
wanita) menurun. Penurunan tahap hormon ini akan menyebabkan
perubahan dalam tubuh badan berserta dengan proses penuaan akan
memberi kesan pada kesihatan secara amnya dan organ pembiakan
secara khusus.
Perubahan ketara termasuk:
Gejala
vasomotor
Terasa panas
dan berpeluh
Perubahan
pada pesaraan
Perasan
murung
Resah
gelisah
Kurang daya
tumpuan
Kulit dan
rambut
Kedutan dan
kekecutan pada kulit dan payudara
Keguguran
rambut
Saluran
peranakan (urogenital)
Kekeringan
faraj
Dinding
faraj menjadi lemah
Rahim
terkeluar daripada faraj mungkin berlaku
Pundi
kencing dan rahim lemah menyebabkan terkencing ketika batuk
Kekurangan
estrogen (hormon wanita) dalam jangkamasa yang lama boleh
menyebakan wanita mengidap angina, serangan jantung dan
osteoporasis
Jangkitan
kemaluan
Penyusutan
faraj (vagina) akibat kekurangan asid vagina dan penipisan
dinding vagina.
Kanser organ
seks dan jangkitan yang bertindih.
Bendasing
seperti pesari (alat yang dimasukkan untuk menyokong rahim yang
terkeluar) yang terbiar.
Kanser organ
pembiakan wanita menyumbang sebahagian besar kepada penyakit
kanser di kalangan wanita
Seseorang wanita mesti berjumpa doktor apabila:
Pendarahan
semula selepas putus haid
Keluar lendir
dari faraj
Gatal di
vulva (luar faraj)
Air kencing
menitis (stress incontinence)
Terasa sakit
semasa melakukan hubungan kelamin
Benjolan di
perut atau kemaluan
Sakit perut
yang berlarutan atau secara tiba-tiba.
Peka terhadap gejala putus haid (menopos)
Ambil rawatan
hormon terutama:
Semasa putus
haid
Apabila ovari
anda telah dibuang
Berisiko
mendapat osteoporosis iaitu bagi mereka yang kurus, tinggi lampai
dan mengambil rawatan steroid
Berisiko
mendapat penyakit jantung seperti tekanan darah tinggi, diabetis
serta hypelipidemia (kolesterol atau lemak yang tinggi)
Senaman adalah
penting untuk kesihatan dan meningkatkan kekuatan tulang dan dapat
mengurangkan gejala putus haid
Dapatkan
pemeriksaan berkala seperti pap smear, pemeriksaan payudara.
Lakukan senaman
untuk lantai pelvic bagi mengatasi masalah “stress incontinence (masalah
tekencing bila batuk, ketawa atau bersin)
Pesari (alat
yang digunakan untuk memastikan rahim tidak terjatuh keluar)
lembut boleh digunakan untuk stress incontinence jika tidak mahu
melakukan pembedahan.
Untuk paparan terbaik, sila gunakan
Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin komputer 1024 × 768
pixel
Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 2-5, Blok C2,
Kompleks C, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia,
Tel : 603 8885 4906 / 4475 / 4477 / 4478