|ENGLISH

 

[ ]

 

APAKAH MASALAH KESIHATAN YANG BIASA DIALAMI OLEH WARGA TUA?

Kembali KESIHATAN
  • Keperluan untuk warga tua hidup sihat adalah termasuk:

    • Makanan seimbang (Nutrition)

    • Keselamatan (Safety)

    • Tempat berteduh / tinggal (Shelter)

    • Agama (Spiritual / religion)

    • Rekreasi (Recreation / leisure)

    • Kebolehan bergerak (Mobility)

    • Kasih sayang (Sexuality / love)

    • Kebolehan berinteraksi/berhubung (Communication)

     

  • Masalah kesihatan warga tua akan berlaku bila jika keperluan untuk hidup sihat seperti yang dinyatakan di atas tiada / tidak dapat dipenuhi atau dicapai.

 

  • Penyakit-penyakit berikut lebih kerap berlaku di kalangan warga tua:

    • Penyakit berjangkit contohnya radang (atau infeksi) paru-paru, infeksi pundi kencing, pundi hempedu dsb.

    • Penyakit barah seperti payu dara, cervix, paru-paru, usus besar dsb.

    • Penyakit degenerative / ”perubahan merosot” akibat proses penuaan contohnya osteoarthrities, osteoporosis, dementia (nyanyuk), parkinson disease, artheroscleerosis (contohnya penyakit krornari jantung serta angin akhmar) dsb.

    • Penyakit chronic disability eg. Falls (jatuh), immobile” (ketidak-upaya berjalan atau bergerak) dsb.

    • Penyakit akibat masalah sosial contohnya, sunyi, bingung, muram, kurang zat makanan (malnourish), didera dsb.

    • Penyakit yang juga dihadapi orang muda seperti DM, darah tinggi dsb.

     

  • 90% warga tua hidup sihat.  Hanya 10% yang perlu penjagaan kesihatan. Tetapi 10% yang kurang sihat menggunakan 2 kali ganda sumber kewangan serta resource yang diperuntukan. Contohnya 6% warga tua Negeri Sembilan DK yang umur melebihi 60 tahun tetapi peratusan yang masuk ke Hospital Seremban adalah kira-kira 10-20% (iaitu 2 kali ganda).

 

  • Kebanyakan penyakit di kalangan warga tua mudah dicegah daripada menjadi teruk jika diberi rawatan di peringkat awal.  Ini memerlukan perihatin daripada semua pihak iaitu daripada warga tua, penjaga (carers), health care staff termasuk doktor kepada masyarakat umumnya.

  • Berikut adalah antara jenis-jenis penyakit / masalah yang mungkin berlaku di kalangan warga tua :

  • Penyakit jantung termasuk – angina serta serangan jantung

  • Ganguan sistem penghadaman

  • Diabetis (penyakit kencing manis)

  • Permasalahan gigi

  • Penyakit mata

  • Kanser (semua jenis) terutama paru-paru, payu dara dsb.

  • Angin ahmar

  • Gangguan tidur (insomnia)

  • Permasalah ginekologi (sakit puan)

  • Penyakit parkinson

  • Gangguan pendengaran

  • Depression (kemurungan)

  • Dementia (nyanyuk)

  • Masalah kurang kawalan kencing (inkontinen urin)

  • Masalah jatuh – falls and instability