Kemudahan ini bertujuan bagi
mengesahkan identiti sebagai seorang pesara Kerajaan Malaysia atau
tanggungan pesara (pasangan dan anak) atau penerima pencen
terbitan melalui MyKad.
Boleh digunakan bagi pelbagai
tujuan berkaitan pengesahan diri mereka yang berkaitan (pesara,
tanggungan pesara & penerima pencen terbitan).
Bagi urusan rawatan di hospital
Kerajaan, pelaksanaan aplikasi adalah secara berperingkat
bermula di hospital-hospital terpilih sekitar Lembah Klang. Tarikh pelaksanaan di
hospital-hospital akan dimaklumkan kemudian.
Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia masih mengeluarkan Kad Pesara yang boleh digunakan
seperti biasa.
Kemudahan ini juga bertujuan
untuk memperluaskan penggunaan MyKad.
MAKLUMAT DALAM MYKAD
Maklumat persaraan yang dimasukkan ke
dalam cip MyKad:
Maklumat Asas
Nombor Akaun Pencen
Status (Pesara/Penerima Pencen
Terbitan/Pasangan/Anak)
Prosedur untuk memasukkan maklumat persaraan ke dalam
MyKad:
Sila pastikan label
64K tertera dibelakang MyKad. Jika tiada label 64K tertera di
belakang MyKad, pesara perlu menukar MyKad di mana-mana cawangan
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
Pesara, tanggungan
pesara dan penerima Pencen Terbitan hanya perlu membawa MyKad
dan Kad Pesara ke kaunter perkhidmatan Bahagian Pasca
Perkhidmatan.
Sekiranya hilang
atau tiada Kad Pesara, sila datang ke Kaunter Perkhidmatan
Bahagian Pasca Perkhidmatan dengan membawa MyKad bagi urusan Kad
Pesara dan juga memasukkan maklumat persaraan ke dalam MyKad.
Serahkan Mykad di
kaunter untuk proses kemasukan.
PELAKSANAAN
Aktiviti memasukkan maklumat dalam MyKad dilaksanakan
dalam 2 fasa :
Untuk paparan terbaik, sila gunakan
Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin komputer 1024 × 768
pixel
Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 2-5, Blok C2,
Kompleks C, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia,
Tel : 603 8885 4906 / 4475 / 4477 / 4478