|ENGLISH

 

 

 

[ ]

 

PEMANSUHAN BAYARAN WAD KEPADA PEGAWAI DAN PESARA PERKHIDMATAN AWAM

 

 

 

PEMANSUHAN BAYARAN WAD KEPADA PEGAWAI DAN

PESARA PERKHIDMATAN AWAM

Tarikh KuatKuasa: 1 April 2010

  1. Kerajaan telah memutuskan bahawa bayaran wad yang dikenakan kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam, ahli keluarga dan ibu bapa yang sah semasa mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan dimansuhkan.
  1. Kelayakan wad untuk pesara dan ahli keluarga adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.
  1. Jika pegawai atau pesara Perkhidmatan Awam atau ahli keluarga atau ibu bapa yang sah meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi dari kelayakannya, maka pegawai atau pesara berkenaan akan dikehendaki membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan kepada orang awam. Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan.

Soalan Lazim

  1. Adakah pemansuhan ini termasuk yuran pendaftaran (registration fee) ?
    Ya. Dengan syarat pesara mengemukakan kad pesara atau surat jaminan (guarantee letter).
     
  2. Bagaimana dengan kedudukan isteri yang dikahwini semasa dalam persaraan yang tiada Kad Pesara?
    Isteri berkenaan boleh mengemukakan
    Guarantee Letter.
     
  3. Adakah kemudahan ini merangkumi ibu dan bapa kepada pesara?
    Tidak. Perenggan 7 (vi) dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 menjelaskan bahawa pemberian kemudahan perubatan kepada ibu bapa yang sah adalah dibenarkan selagi seseorang pegawai masih di dalam perkhidmatan Kerajaan sahaja 
     
  4. Bolehkah seorang pesara kerajaan masuk ke wad yang lebih tinggi dari kelayakannya tanpa bayaran ad jika pesara itu menggunakan kelayakan anaknya sebagai pegawai kerajaan?
    Boleh. Perenggan 7 (viii) dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 menetapkan ibu bapa yang sah yang terdiri daripada pesara Kerajaan boleh memilih untuk menggunakan kemudahan rawatan perubatan mengikut kelayakan sebagai seorang pesara atau menggunakan kelayakan pegawai.




    Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat Panggilan Setempat Bahagian Pasca Perkhidmatan di talian
    03-8885 4906.

 

 


 

HAK CIPTA TERPELIHARA ©2005  

Untuk paparan terbaik, sila gunakan Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin komputer 1024 × 768 pixel
 Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia,
 Tel : 603 8885 4906 / 4475 / 4477 / 4478