|ENGLISH

 

[ ]

 

KENYATAAN AKHBAR

KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN MENGENAI PEMBAYARAN AWAL
PENCEN BERSEMPENA HARI RAYA HAJI

 

Bersempena dengan Hari Raya Haji yang akan disambut pada 17 November 2010, Kerajaan telah memutuskan untuk membayar pencen bagi bulan November 2010 awal iaitu pada 09 November 2010.

Sehubungan dengan itu, penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 10 November 2010 hingga 30 November 2010 boleh menunaikan waran mereka mulai 09 November 2010. Bagi penerima pencen yang dibayar pencen melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen di bank yang terlibat mulai dari 09 November 2010.