[ ]

 

PENAMBAH BAIKKAN FAEDAH PERSARAAN

PENAMBAH BAIKKAN SKIM FAEDAH PERSARAAN (1968-2012)

1 Ogos 1968

Ø  Pelaksanaan skim faedah persaraan yang diperakui oleh Suruhanjaya DiRaja Suffian untuk pegawai Perkhidmatan Awam.

Ø  Pemberian ganjaran (dan ganjaran terbitan untuk balu dan anak gemulah pegawai) sebagai faedah tambahan dan asingan daripada pencen / pencen terbitan.

Ø  Pemberian pencen terbitan untuk tempoh 12 ½ tahun daripada tarikh persaraan atau kematian dalam perkhidmatan pegawai.

1 Mei 1969

Pelaksanaan skim faedah persaraan yang diperakui oleh Suruhanjaya DiRaja Harun untuk pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan yang mencontohi skim pegawai Perkhidmatan Awam.

1 Januari 1974

Pemberian Wang tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) atas kadar 1/30 gaji akhir bagi setiap hari Cuti Rehat yang luput (iaitu Cuti Rehat yang tidak terpakai pada penghujung tahun melebihi kelayakan setahun) sehingga maksimum 90 hari.

1 Januari 1976

Pemberian pencen terbitan seumur hidup (100% dari pada kadar asal selama 12 ½ tahun daripada tarikh persaraan atau tarikh kematian dalam perkhidmatan, dan 70 % selepas itu).

1 Januari 1976

Anak diberi pencen sehingga umur 21 tahun atau sehingga tamat atau berhenti mendapat didikan di institusi pelajaran tinggi ke arah ijazah pertama, mana yang terkemudian, selagi tidak berkahwin.

1 Januari 1976

Dilaksanakan persaraan demi kepentingan perkhidmatan awam dan persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan (persaraan penswastaan / pengkoporatan).

1 Julai 1980

Penyelarasan pencen setiap kali berlaku pelarasan gaji sektor awam, dengan syarat pesara atau penerima pencen bermastautin di Malaysia.

1 Julai 1980

Pencen terbitan diberi kepada duda sekiranya gemulah isterinya pernah berada dalam perkhidmatan pada dan selepas 1 Julai 1980.

1 Julai 1980

Pencen hilangupaya dan pencen tanggungan diberi dalam keadaan pegawai dikehendaki bersara atau beliau meninggal dunia akibat kemalangan dalam perjalanan.

22 Oktober 1982

Ganjaran dikecualikan daripada cukai pendapatan (bagi semua kes persaraan yang diluluskan pada atau selepas 22 Oktober 1982).

1 Januari 1984

Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) atas kadar 1/30 gaji akhir bagi setiap hari Cuti Rehat yang dikumpulkan (iaitu Cuti Rehat yang tidak terpakai pada penghujung tahun, selepas diasingkan pengumpulan untuk GCR daripada Cuti Rehat bawa ke tahun hadapan) sehingga maksimum 90 hari.

12 April 1991

Tempoh perkhidmatan yang dimasukira yang melayakkan pemberian taraf anggota berpencen dikurangkan daripada 10 tahun kepada 3 tahun.

12 April 1991

Anggota baru dilantik diberi opsyen untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

12 April 1991

Umur minimum untuk bersara secara pilihan dikurangkan kepada 40 tahun untuk semua anggota; dengan pemberian pencen mulai umur 45 (perempuan & lelaki dalam jawatan tertentu) / 50 (lelaki) atau 55/56 (semua anggota yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991, mengikut opsyen umur persaraan wajib 55/56).

1 Januari  1992

Opsyen bagi pekerja Pihak  Berkuasa Berkanun & Tempatan untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (dengan caruman KWSP oleh majikan secara kebelakangan) apabila memilih untuk diasingkan sistem saraannya daripada Sistem Saraan Kerajaan (SSB/SSM).

1 Januari 1992

Pengambilan kira perkhidmatan lepas terputus atas sebab-sebab yang diizinkan yang diselangi dengan perkhidmatan di sektor swasta sebelum berkhidmat semula dengan Kerajaan.

1 Januari 1992

Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat dikecualikan daripada cukai pendapatan (bagi tahun taksiran 1993 dan seterusnya).

1 Ogos 1993

Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat dikira berasaskan jumlah emolumen terakhir (iaitu gaji pokok + imbuhan tetap).

1 Januari 1995

Faktor pengiraan ganjaran dinaikkan daripada 5% kepada 7.5% gaji akhir bagi setiap bulan genap perkhidmatan.

1 Disember 1997

Opsyen bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun & Tempatan untuk memilih Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja apabila memilih untuk diasingkan sistem saraannya daripada Sistem Saraan Kerajaan (SSB / SSM), tanpa caruman majikan kepada KWSP secara kebelakangan tetapi dengan diberi faedah persaraan untuk tempoh perkhidmatan sebelum pengasingan itu.

1 Oktober 2001

Umur persaraan wajib anggota dinaikkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun.

1 Oktober 2001

Pencen terendah dinaikkan daripada RM180 kepada RM280 dengan tempoh perkhidmatan 25 tahun ke atas.

1 Januari 2002

Pemberian pencen terbitan kepada balu/duda yang berkahwin semula.

1 Ogos 2003

Maksimum Cuti Rehat yang boleh dikumpulkan untuk pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat dinaikkan daripada 90 hari kepada 120 hari, dengan dilbolehkan tambahan pengumpulan Cuti Rehat tahun persaraan sehingga maksimum kelayakan Cuti Rehat tahunan.

1 November 2004

Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat kepada anggota yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

1 Januari 2008

Syarat bermastautin di Malaysia di bawah undang-undang pencen telah dihapuskan.

1 Julai 2008

Umur persaraan wajib dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun.

1 Januari 2009

Menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan 30 tahun ke atas dan pencen terhad kepada 3/5 gaji akhir.

1 Januari 2009

Pencen terbitan dibayar 100% kepada waris yang layak.

1 Januari 2009

Pencen terendah dinaikkan daripada RM280 kepada RM720 dengan tempoh perkhidmatan 25 tahun ke atas.

1 Januari 2009

Pembayaran Ex-Gratia Kepada Ibu/Bapa Anggota Bujang Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan.

1 Januari 2009

Peningkatan Kadar Maksimum Cuti Rehat Yang Boleh Dikumpul Bagi Pemberian Wang Tunai Gatian Cuti Rehat (GCR) Daripada 120 Ke 150 Hari.

1 Januari 2009

Peningkatan Kadar Pencen Terendah Bagi Pegawai Yang Mempunyai Sekurang-kurangnya 25 Tahun Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukira daripada RM280.00 Kepada RM 720.00 Sebulan.

1 Februari 2009

Pemberian Opsyen Semula Skim Pencen Kepada Pegawai Yang Dahulunya Memilih Skim KWSP.

1 Januari 2012

Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 ke 60 tahun.

1 Januari 2012

Pemberian pencen kepada pegawai lantikan selepas 12 April 1991 yang bersara pilihan diawalkan daripada tarikh apabila mencapai umur persaraan wajib kepada tarikh apabila mencapai umur 55 tahun.

1 Januari 2012

Pemberian faedah persaraan bagi Persaraan Atas Alasan Kepentingan Negara (Seksyen 11(a)(i) Akta 227/239) dan Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam (Seksyen 11(a)(ii) Akta 227/239) dikira berdasarkan tempoh perkhidmatan seolah-olah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan wajib.

1 Januari 2012

Pembayaran pencen terbitan dipanjangkan daripada tempoh 12½ tahun kepada 20 tahun daripada tarikh persaraan, kepada balu/duda yang dikahwini dalam persaraan.

1 Januari 2012

Pembayaran faedah persaraan pencen, ganjaran, pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) dan faedah terbitan kepada pegawai, pesara dan penerima pencen terbitan yang bankrap.

1 Januari 2012

Peningkatan Kadar Pencen Terendah Bagi Pegawai Yang Mempunyai Sekurang-Kurangnya 25 Tahun Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukira Daripada Rm720.00 Kepada Rm 820.00 Sebulan.

1 Januari 2013

Kenaikan Pencen 2% Bagi Setiap Tahun Mulai Tahun 2013

1 Januari 2015

Pemberian Kenaikan Gaji Tahunan Bagi Pegawai Yang Bersara Wajib Pada Tarikh Sehari Sebelum Persaraannya Bagi Pegawai Yang Belum Menerima Pergerakan Gaji Tahun Tersebut.

1 Julai 2016

Kenaikan Kadar Pencen Terendah Bagi Pegawai Yang Mempunyai Sekurang-Kurangnya 25 Tahun Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukira Daripada RM820.00 Kepada RM950.00 Sebulan.

1 Januari 2018

Kenaikan Kadar Pencen Terendah Bagi Pegawai Yang Mempunyai Sekurang-Kurangnya 25 Tahun Perkhidmatan Yang Boleh Dimasukira Daripada RM950.00 Kepada RM1000.00 Sebulan.

1 Januari 2018

Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan.

1 Januari 2019

Pembayaran One-Off sebanyak RM 500 kepada pesara yang menerima pencen bawah RM 1,000.

1 Januari 2020

Pembayaran bantuan khas kewangan (BKK) turut dipanjangkan kepada pesara yang bersara wajib.

1 Januari 2020

Pemberian Ex-Gratia kematian sekaligus kepada waris yang layak bagi anggota yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.

14 Februari 2020

Kemudahan Rawatan Dan Perbelanjaan Perubatan Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Dan Ibu Bapa Yang Sah.