|ENGLISH

 

[ ]

 

PENARIKAN BALIK PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN YANG TELAH BERKHIDMAT 15 TAHUN DAN TERLIBAT DENGAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP)

Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PENARIKAN BALIK PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN YANG TELAH BERKHIDMAT 15 TAHUN DAN TERLIBAT DENGAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP)

 Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan berhubung perkara yang tersebut di atas.

 2.         Seperti yang tuan sedia maklum, Kerajaan telah bersetuju supaya Pegawai Kumpulan Sokongan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun serta masih berada di gred lantikan dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan semasa dipertimbangkan kenaikan pangkat sebagaimana yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya secara khas untuk penyandang (KUP) berkuatkuasa 1 Julai 2009. Keputusan ini turut dipanjangkan kepada  Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada penerimaannya.

 3.         Sehubungan itu, Jabatan ini memberi peluang kepada Pegawai Kumpulan Sokongan yang memenuhi syarat di atas, yang telah memohon kelulusan bersara pilihan berkuatkuasa 18 Mei 2009 dan ke atas, dibenarkan untuk menarik balik permohonan tersebut dengan persetujuan Ketua Jabatan. Mereka hendaklah dan merakamkan NIAT secara bertulis kepada Jabatan ini sebelum tarikh kuatkuasa persaraan pilihan tersebut.

 4.         Sila ambil perhatian bahawa peluang yang diberikan melalui surat ini bukanlah untuk menunda tarikh permohonan persaraan pilihan tetapi untuk menarik balik persaraan pilihan. Oleh yang demikian, sekiranya pegawai hendak memohon semula persaraan pilihan, pegawai mestilah mengemukakan permohonan baru kepada Jabatan ini. Pihak tuan dijemput untuk menghubungi semula Jabatan ini sekiranya wujud sebarang kemusykilan berhubung perkara di atas.

 Sekian, terima kasih.

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 Saya yang menurut perintah,

 

(DATO’ YEOW CHIN KIONG)

Pengarah

Bahagian Pasca Perkhidmatan

b.p Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

MALAYSIA

 

CETAK SURAT