|ENGLISH

 

[ ]

 

BAYARAN KENAIKAN PENCEN MINIMA RM820 DAN BAYARAN BANTUAN RM500

BAYARAN KENAIKAN PENCEN MINIMA RM820 DAN BAYARAN BANTUAN RM500

1.      Adalah dimaklumkan bahawa pesara-pesara yang layak menerima kenaikan pencen minima sebanyak RM820 seperti yang diumumkan di dalam Pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 yang lalu, akan menerima bayaran pencen baru pada 5hb November 2012. Bahagian Pasca Perkhidmatan sedang berusaha untuk membayar perbezaan tunggakan secara berperingkat bermula Oktober 2012.

2.      YAB Perdana Menteri juga telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan sebanyak RM500 kepada pesara Kerajaan.  

Sehubungan dengan itu, pesara dan penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh mengeluarkan pembayaran tersebut mulai dari 17 Disember 2012. Semua pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen.
 

Penerima yang perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di kaunter bank (di bawah Skim B) tidak perlu berbuat demikian bagi mengeluarkan RM500 ini. 

Penerima yang dibayar melalui waran boleh menunaikannya dengan serta merta. 
 

Bayaran bantuan itu akan diberi kepada semua pesara Perkhidmatan Awam (Persekutuan dan Negeri serta Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan) yang layak menerima pencen pada atau sebelum 31 Disember 2012 termasuk ahli keluarga tanggungan pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada atau sebelum 30 Disember 2012 dan menerima pencen terbitan pada 31 Disember 2012.
 

Sekian. 

Bahagian Pasca Perkhidmatan 

22hb Oktober 2012

[Klik Untuk Muat Turun]