PENDAHULUAN
Panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai
peruntukan faedah-faedah persaraan terbitan dan urusan permohonannya
yang terdapat di bawah Undang-undang Pencen Sektor Awam Malaysia serta
menjelaskan peranan dan tanggugjawab pihak-pihak yang terlibat dengan
urusan berkaitan. Ianya juga bertujuan untuk menjelaskan syarat serta
tatacara bagi memperolehinya. Ganjaran Terbitan, Pencen Terbitan dan
Pencen Tanggungan diberi kepada orang-orang tanggungan anggota yang
mati dalam perkhidmatan dan yang mati dalam persaraan.
KEDUDUKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG PENCEN
Faedah Persaraan Terbitan di peruntukan dalam semua
undang-undang pencen di Malaysia. Kedudukan peruntukan tersebut dalam
dua undang-undang pencen utama sektor awam adalah seperti berikut:
-
Ganjaran Terbitan diperuntukan
di bawah Seksyen 14 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 Akta
Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
-
Pencen Terbitan diperuntukan di
bawah Seksyen 14 & 15 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 &
16 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta
239)
-
Pencen Tanggungan di peruntukan
di bawah Seksyen 18 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 20 Akta
Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA ?
Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan
-
Balu atau duda kepada anggota
Perkhidmatan Awam dan anggota Bdan-badan Berkanun dan Pihak-pihak
Berkuasa Tempatan (BBKT) yang mati dalam perkhidmatan/selepas
bersara
-
Duda kepada anggota Perkhidmatan
Awam dan BBKT yang telah berkhidmat pada dan selepas 1.7.1980 dan
mati dalam perkhidmatan/selepas bersara
-
Anak-anak gemulah yang masih
dibawah umur 21 tahun dan belum berkahwin termasuk anak angkat, anak
tiri dan anak tak sah taraf. Anak-anak yang telah mencapai umur 21
tahun tetapi masih menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi bagi
mendapat diploma / ijazah pertama; dan
-
Anak-anak cacat otak atau
anggota secara kekal dan tidak berupaya untuk menanggung nafkah
sendiri..
-
Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam perkhidmatan (
Anggota Parlimen / AnggotaPentadbiran / Setiausaha Politik)
Ganjaran Terbitan Sahaja
Pencen Tanggungan
-
Balu
-
Duda dalam tanggungan yang
mengalami cacat otak atau hilang upaya jasmani secara kekal dan
tiada upaya menanggung diri sendiri;
-
Anak, terhad kepada enam orang
sahaja;
-
Ibu atau bapa (jika tiada ibu) -
Ibu atau
bapa yang bergantung sepenuhnya atau sebahagian besar nafkah kepada
gemulah.
TAFSIRAN ORANG-ORANG TANGGUNGAN
Balu / Duda
-
Mengikut peraturan 2,
Peraturan-peraturan Pencen 1980, balu atau duda ertinya isteri atau
suaminya yang masih hidup kepada seseorang pegawai yang mati yang
mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai satu perkahwinan
yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau
kelaziman.
-
Bagi orang yang bukan beragama
Islam, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian
1976, menghendaki perkahwinan selepas 1.3.1982 di daftarkan di
Bahagian Perkahwinan dan Perceraian Jabatan Pendaftaran Negara.
Anak
Anak ertinya anak seorang pegawai atau pesara yang mati dan
berumur dibawah 21 tahun dan masih belum berkahwin, iaitu:
-
Anak kandung
-
Anak tiri tanggungan
-
Anak tak sah taraf
-
anak yang lahir sebelum atau tanpa perkahwinan yang
sah.
-
Anak angkat – anak yang di ambil
sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana
undang-undang bertulis berhubung dengan pengangkatan atau di bawah
mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti memuaskan mengenai
pengangkatan itu; dan
-
Anak cacat – iaitu seorang anak
yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau kehilangan
upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai
umur 21 tahun.
BAGAIMANA MEMOHON APABILA BERLAKU KEMATIAN DALAM
PERKHIDMATAN
Tindakan Oleh Balu / Duda / Waris
Jika berlaku kematian anggota Kerajaan dalam perkhidmatan,
balu /duda / waris hendaklah mengambil tindakan berikut:
-
Laporkan segera kepada Ketua Jabatan di mana anggota berkhidmat, dan
-
Kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut:
-
salinan sijil kematian
-
salinan sijil perkahwinan /
sijil pendaftaran perkahwinan. Walau bagaimanapun Surat Akuan
Balu / Duda Yang Sah boleh diterima jika sijil
berkenaan tidak diperolehi salinannya dari pihak-pihak berkenaan.
-
salinan sijil kelahiran /
salinan kad pengenalan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun
-
salinan surat pengambilan dan
pengesahan anak angkat, (jika berkenaan)
-
dokumen-dokumen mengenai anak
cacat dari Pakar Perubatan Kerajaan [Borang
JPA.BP.UMUM.B04] dan Laporan dari
Jabatan Kebajikan Masyarakat serta gambar penuh anak
cacat, (jika berkenaan)
-
sekeping gambar balu / duda (mana
yang berkenaan)
-
Surat Akuan Pengesahan Penjaga
[Borang
JPA.BP.SPT.B02] (jika terdapat anak di bawah umur yang tidak di jaga
oleh balu / duda).
Tindakan oleh Ketua Jabatan
Borang-borang yang perlu diisi dan dokumen yang kemukakan
oleh Ketua Jabatan
-
Permohonan Pencen Tanggungan akibat kemalangan dalam perjalanan dan
bencana
-
Permohonan Pencen Terbitan dan / Ganjaran Terbitan
-
Borang JPA.BP.SPT.B01a
-
Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang
-
Borang JPA.BP.UMUM.B01
-
Gambar berukuran
pasport, tandatangan serta cop jari kedua-dua ibu
jari penerima pencen.
-
Maklumat mengenai alamat, cara pembayaran yang di kehendaki, anak di
bawah umur 21 tahun, pengakuan serta tandatangan dan cop ibu jari
pemohon.
-
Maklumat mengenai opsyen yang di buat di bawah Peraturan 10,
Peraturan-peraturan Pencen 1980.
-
Salinan kenyataan
perkhidmatan dan kenyataan cuti gemulah yang kemas kini.
-
Surat penyelesaian cukai
pendapatan
-
Laporan
siasatan polis dan / keputusan ‘Inquest’ oleh mahkamah bagi kes kemalangan
maut
-
Laporan
sosio – ekonomi ibu /bapa/ (jika tiada ibu) oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM)
-
Penyata
KWSP 1036
Ringkasan
|