|ENGLISH

 

[ ]

 

PENGGANTIAN KAD PESARA

PENGGANTIAN KAD PESARA BAGI PESARA KERAJAAN YANG TERLIBAT DENGAN BENCANA BANJIR

Pihak Kerajaan sentiasa memberi perhatian tentang kebajikan rakyat termasuk perihal kesihatan dan perubatan pesara. Bencana banjir yang telah melanda sebahagian dari Malaysia telah mengakibatkan kerosakan dan kehilangan harta benda yang teruk dan ini termasuklah kerosakan / kehilangan kad pesara yang diperlukan bagi tujuan faedah perubatan. Sehubungan dengan itu, bagi memberi keringanan kepada para pesara, Jabatan ini bersetuju untuk menggantikan kad pesara bagi pesara yang terlibat dengan bencana banjir tersebut secara PERCUMA. Pesara yang terlibat bolehlah membuat permohonan kad pesara tersebut melalui cawangan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), cawangan Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS), Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia atau boleh juga diemel ke alamat emel berikut:

mypesara@kwap.gov.my
 
Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus ke Jabatan di alamat/ nombor telefon berikut:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pasca Perkhidmatan
Aras 5, Blok C2, Kompleks C
62510 Putrajaya

Telefon: 03-8885 4853/4910/4648/4667

YBrs. Encik Mohd Shaiful bin Ibrahim
Pengarah
Bahagian Pasca Perkhidmatan

2 Januari 2015