|ENGLISH

 

[ ]

 

OPSYEN SEMULA SKIM PENCEN, EX GRATIA DAN TARIKH KUATKUASA

Petikan Ucapan Semasa
Majlis Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA) 2008
di PICC, Putrajaya

pada 27 November
2008.

“Pertama, bagi membolehkan peluang bagi anggota sektor awam mengambil skim pencen, kerajaan telah bersetuju supaya opsyen semula diberi kepada semua anggota yang telah memilih Skim K.W.S.P., tempoh opsyen bermula daripada 1 Januari hingga 31 Januari 2009 dan tarikh kuatkuasa adalah pada 1 Februari 2009.

         Kedua, kerajaan telah bersetuju untuk memberi bayaran ex-gratia kepada ibubapa anggota perkhidmatan awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.
Keputusan ini mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2009.”

Huraian

Huraian lanjut akan dijelaskan dalam pekeliling perkhidmatan yang akan dikeluarkan pada Disember 2008 nanti.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906 atau hubungi terus Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan di talian 03-88854004
.