PENYELARASAN PENCEN TAHUN 2007

BERKUATKUASA 1 JULAI 2007

 

1.         KELAYAKAN

 

1.1     Penyelarasan pencen tahun 2007 merangkumi:

 

(a)     pesara daripada:

 

(i)      Perkhidmatan Awam Persekutuan (termasuk Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia);

 

(ii)      Perkhidmatan Awam Negeri;

 

(iii)     Perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun; dan

     

(iv)     Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan; serta

 

 

(b)     ahli keluarga tanggungan gemulah pegawai atau gemulah pesara daripada keempat-empat perkhidmatan di perenggan (a) yang diberi pencen terbitan atau faedah lain yang dibayar secara berkala di bawah undang-undang pencen yang berkaitan

 

 

1.2.    Pihak yang layak menerima penyelarasan pencen ialah:

 

(a)      Pesara yang diberi pencen sehubungan persaraan pada atau sebelum 1 Julai 2007;  

 

(b)     Ahli keluarga tanggungan yang diberi pencen bagi perkhidmatan gemulah pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan, atau gemulah pesara yang meninggal dunia semasa dalam persaraan, pada atau sebelum 30 Jun 2007

 

1.3.    Pihak yang tidak layak menerima penyelarasan pencen ialah

 

(a)      pesara atau penerima pencen yang tidak bermastautin di Malaysia, mengikut tafsiran di bawah undang-undang pencen yang berkaitan; dan

 

(b)      penerima elaun tanggungan berhubung dengan kebankrapan atau pengisytiharan sebagai takberkemampuan, hukuman mati atau hukuman penjara.

 

         

 

2.         PERKIRAAN KADAR PENCEN YANG DISELARAS

 

Untuk mengira kadar pencen baru menyusuli semakan gaji yang berkuat kuasa 1 Julai 2007, darabkan [pencen bulanan semasa] dengan [100% + peratusan kenaikan gaji bagi Kumpulan Perkhidmatan akhir sebelum persaraan atau kematian dalam perkhidmatan] seperti berikut:

 

(i)                Jawatan Utama atau Jawatan Khas Sektor Awam : (100 + 7.5) %

 

(ii)      Pengurusan dan Profesional : (100 +15) %

 

(iii)     Sokongan I   : (100 + 25) %

 

(iv)            Sokongan II  : (100 + 35)%

 

 

CONTOH 1     (Pesara; Sokongan I; tempoh perkhidmatan kurang daripada 300 bulan)

 

 PENCEN BULANAN SEMASA

PENCEN BULANAN YANG DISELARAS BERKUATKUASA 1 JULAI 2007

 

Gaji akhir: RM 2000

Tempoh perkhidmatan: 237 bulan

 

MAKA pencen  =

1/600 x  237 Bulan  x RM 2000 = RM 790

 

 

 

 

Pencen yang diselaras:

RM 790  x  125% = RM 987.50

 

Penjelasan:

a.  Gaji semasa = RM 2000

b.  Gaji baru yang bersamaan pada 1.7.2007

= RM(2000+[25% x 2000]) = RM 2500

c.  MAKA pencen yang diselaras :

     1/600 x 237  x  RM 2500 = RM 987.50

                                                                                                                                   

 

CONTOH 2     (Pesara; Sokongan II; tempoh perkhidmatan melebihi 300 bulan)

 

 PENCEN BULANAN SEMASA

PENCEN BULANAN YANG DISELARAS BERKUATKUASA 1 JULAI 2007

 

Gaji akhir: RM 900

Tempoh perkhidmatan: 398 bulan

 

MAKA pencen =

1/2 x  RM 900 = RM 450

 

 

 

 

Pencen yang diselaras:

RM 450  x  135% = RM 607.50

 

Penjelasan:

a.  Gaji semasa = RM 900

b.  Gaji yang bersamaan pada 1.7.2007

= RM(900+[35% x 900]) = RM 1,215

c.   MAKA pencen yang diselaras :

     1/2  x  RM 1,215 = RM 607.50

                                                                                                                                   

 

CONTOH 3      (Penerima pencen terbitan; Pengurusan & Profesional; tempoh perkhidmatan kurang daripada 300 bulan; kadar pencen terbitan 70% daripada kadar pencen gemulah)

 

 PENCEN TERBITAN BULANAN SEMASA

PENCEN TERBITAN BULANAN YANG DISELARAS BERKUATKUASA 1 JULAI 2007

 

Gaji akhir: RM3,000

Tempoh perkhidmatan: 237 bulan

 

MAKA pencen terbitan:

(1/600 x  237 bulan  x RM 3000) x 70%          = RM 829.50

 

 

 

 

Pencen yang diselaras:

RM 829.50 x  115% = RM 953.93

 

Penjelasan:

a.  Gaji semasa = RM 3,000

b.  Gaji yang bersamaan pada 1.7.2007

= RM(3000+[15% x 3000]) = RM 3,450

c.  MAKA pencen yang diselaras :

     (1/600 x 237 bulan x RM 3,450) x 70%

     = RM 953.93

                                                                                                                                   

 

CONTOH 4     (Pesara; Sokongan I; tempoh perkhidmatan kurang daripada 300 bulan; tercacat sedikit semasa dalam Kawasan Keselamatan)

 

PENCEN HILANGUPAYA BULANAN SEMASA

PENCEN HILANGUPAYA BULANAN YANG DISELARAS BERKUATKUASA 1 JULAI 2007

 

Gaji akhir: RM 1450

Kadar yang boleh dibayar 1/8 daripada gaji

 

MAKA pencen hilangupaya:

1/8  x RM 1450 = RM 181.25

 

 

 

 

Pencen hilangupaya yang diselaras:

RM 181.25 x  125% = RM 226.56

 

Penjelasan:

a.  Gaji semasa = RM 1,450

b.  Gaji baru yang bersamaan pada 1.7.2007

= RM(1,450+[25% x 1,450]) = RM 1,812.50

c.  MAKA pencen hilangupaya yang diselaras :

     1/8  x  RM 1,812.50 = RM 226.56

                                                                                                                                   

 

NOTA: Kadar penyelarasan pencen sebenar adalah bergantung kepada sifir pemindahan gaji bagi gred bersamaan yang berkenaan, tetapi kadar tersebut adalah  tidak kurang daripada yang dimaksudkan dalam contoh-contoh di atas.

         

3.         UMUM

 

3.1     Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (bagi pencen berkaitan dengan perkhidmatan dengan Perkhidmatan Awam Persekutuan atau Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan) dan Jabatan Hal-Ehwal Veteran, Kementerian Pertahanan (bagi pencen berkaitan dengan Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia) akan menyelaraskan pencen selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2007.

 

3.2      Bagi pencen pesara Angkatan Tentera Malaysia dan pesara Polis DiRaja Malaysia, kadar pencen baru didarabkan [pencen bulanan semasa] dengan peratusan seperti berikut :

           

            (i)     Jawatan Utama atau jawatan Khas Sektor Awam : (100 + 9)%

            (ii)     Pengurusan dan Profesional : (100 + 18)%

            (iii)    Sokongan I : (100 + 30)%

            (iv)    Sokongan II : (100 + 42)%