|ENGLISH

 

[ ]

 

PERUTUSAN PENGARAH BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

Perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi pada hari ini membolehkan setiap individu melayari dunia maya tanpa sempadan. Portal Bahagian Pasca Perkhidmatan adalah satu sumber informasi yang telah dibina bagi membolehkan pelanggan menyelusuri dan mengenali dengan lebih dekat, memudahkan berurusan dengan jabatan ini dan membantu sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan pencen. Adalah menjadi harapan kami, segala maklumat dalam Portal Bahagian Pasca Perkhidmatan ini dapat dijadikan rujukan dan panduan untuk semua tanpa mengira lapisan masyarakat. Disamping itu juga, melalui Portal ini, kami berharap pelanggan dapat memahami peranan Bahagian Pasca Perkhidmatan di dalam menguruskan persaraan bagi kakitangan kerajaan.

Melalui portal ini, Bahagian Pasca Perkhidmatan juga mengalu-alukan maklum balas dan saranan daripada orang ramai agar dapat memantapkan lagi Portal bahagian ini.

Selamat Melayari Portal Bahagian Pasca Perkhidmatan.

Dato' Yeow Chin Kiong
ckyeow@jpa.gov.my
Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan